[VIDEO] Reaksi Ronaldo Ketika Melihat Bendera Ofsaid Selepas Celebrate Buka Baju

Cristiano Ronaldo sudah banyak kali menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir. Dan sudah banyak pengalaman beliau lalui dalam kariernya.

Namun momen kali ini agak kelakar apabila melihat reaksinya ketika melihat bendera ofsaid dikibarkan selepas beliau euforia dengan rakan rakannya meraikan gol kemenangan lewat.

Ronaldo disisihkan di bangku simpanan oleh Massimiliano Allegri ketika laporan muncul bahawa dia meminta untuk dikecualikan daripada tugasan kali ini.

Fabrizio Romano malah melaporkan Ronaldo disisihkan kerana dia mahu menyelesaikan isu masa depannya dengan Juventus.

Walaupun sebelum ini Ronaldo menyatakan dia kecewa dengan khabar angin yang mengaitkan dia dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Real Madrid.

Juventus awalnya dilihat tidak merindui aksi Ronaldo dalam perlawanan ini, dengan medahului 2-0 dalam 23 minit pertama perlawanan hasil gol dari Paulo Dybala dan Juan Cuadrado.

Namun, penalti Roberto Pereyra untuk Udinese memberi harapan kebangkitan untuk pasukan tuan rumah.

Dengan baki setengah jam, Ronaldo diperkenalkan ketika Juve kelihatan akan menamakan perlawanan dengan kemenangan. Ronaldo dibawa masuk untuk membunuh perlawanan.

Tetapi dengan baki tujuh minit, kesilapan besar dari Wojciech Szczęsny membolehkan Gerard Delefeo menyamakan kedudukan.

Seperti biasa, Ronaldo yang merupakan pemain yang memiliki mentaliti luar biasa ketika tertekan telah menjaringkan gol pada masa kecederaan 90+4′.

Ronaldo berlari girang dan menanggalkan jersinya ketika meraikan detik sebagai pemenang perlawanan pada saat akhir.

Namun Ronaldo kemudian melihat bendera ofsaid dikibarkan dan matanya terbeliak ketika mendapat tahu dia ofsaid.

VAR diguakan untuk memeriksa sama ada ianya benar benar ofsaid. Dan ianya sah ofsaid. Lebih memburukkan lagi detik itu, Ronaldo dilayangkan kad kuning untuk keraian gol kemenangan yang tidak pernah wujud.

Walaupun ramai yang mentertawakan aksi Ronaldo itu, namun ada juga yang merasakan bahawa ofsaid itu adalah tidak tepat. Lebih lebih lagi ketika ini ada VAR digunakan untuk menilai.

Seorang penganalisis bebas berkata: “Saya sudah menilai gambar gol Ronaldo dikatakan ofsaid. Dan tak satu pun daripada imej imej itu menunjukkan dia ofsaid.

“Pengadil diberitahu VAR bahawa Ronaldo ofsaid kerana lengannya. Dalam bola sepak kamu tidak boleh menjaringkan gol dengan lengan. Jadi itu bukan ofsaid.”

Baca yang lain