Video: Real Madrid Adakan Cabaran Teka Jersi Dalam Jawi

Real Madrid kini berada di Arab Saudi untuk Piala Super Sepanyol. Dalam rangka persiapan ke final Piala Super Sepanyol / Supercopa de Espana selepas menewaskan Valencia di separuh akhir.

Anda pasti tak akan lupa dengan sepakan penjuru Toni Kroos yang terus masuk pada hari tu kan? Elok je dia lekukkan bola tu secepat mungkin.

Sergio Ramos pun dah sedia dah ni dengan berada di tengah panas mentari dia bergambar.

Real Madrid melakukan sesi latihan terakhir malam semalam sebelum aksi final. Mereka mahu menebus musim tanpa piala mereka musim lalu.

Dalam santai – santai selepas latihan, terdapat satu konten video menarik di mana pemain Real Madrid diajak untuk meneka nama pada jersi yang bertulis jawi.

Sksikan Lucas Vázquez dengan Álvaro Odriozola dalam pertandingan mencari mana satu jersi mereka dalam tulisan jawi dan kemudian meneka jersi kawan mereka pula.

Ia ternyata bukan cabaran yang mudah untuk mereka berdua. Lucas Vasquez ni boleh tahan juga la tembakannya.

Korang layan pertarungan mereka di sini:

Ini merupakan salah satu konten menarik dalam usaha meraikan kepelbagaian manusia di bumi ini yang memiliki cara hiudp termasuk sistem tulisan yang berbeza.

Tiada pula Real Madrid takut dengan cabaran ini kerana takut selepas ini jadi Pak Arab dan masuk Islam seperti mana yang didakwa oleh beberapa mereka yang takut dengan tulisan jawi, kan?

Real Madrid akan berhadapan dengan Atletico Madrid dalam perlawanan Madrid Derby pada aksi final Piala Supercopa Espana.

Walaupun ramai yang mengharapkan aksi el clasico kali ini. Namun ia tak kesampaian. Tetapi derbi Madrid not bad la kan buat pengganti.

Perlawanan final Piala Super Sepanyol pada edisi kali ini berlangsung di Arab Saudi, di King Abdullah Sports City Stadium.

La Liga serius dalam usaha membawa perlawnaan liga Sepanyol ke luar negara dan mendapatkan keuntungan tambahan.

Ini merupakan edisi ke-36 Supercopa de Espana. Seperti diumumkan pada Februari tahu lepas, format kali ini melibatkan 4 pasukan yang akan bermain di separuh akhir.

Tiada perebutan tempat ketiga ye untuk mereka yang kalah di separuh akhir.

Sebagai rekod, Barcelona pemenang terbanyak dengan 13 kali. Manakala Real Madrid di tangga kedua dengan 11 kali.

Atletico Madrid hanya pernah memenangi piala ini sebanyak 2 kali. Memang jauh jurang Real dengan Barca berbanding pasukan lain. Pasukan ketiga terbanyak adalah Deportivo La Coruna dengan 3 kali kejuaraan.

Jadi siapakah yang akan merangkul kejuaran Piala Super Sepanyol pada kali ini?

Diego Simeone dan Zinedine Zidane bertemu sekali lagi dalam aksi kali ini sebagai pengurus.

Kedua duanya memiliki gaya permainan yang agak pragmatik dalam pengurusan taktikal.

Baca yang lain