[VIDEO] RedFlag: Kemalangan Morbidelli, Zarco Dengan Kelajuan 320kmj, Rossi Hampir Terlibat

GP Austria yang diadakan di Red Bull Ring, Spielberg, Austria, sekali lagi terpaksa berhenti kerana bendera merah.

Nampaknya perlumbaan pada hari ini diwarnai dengan insiden yang kita semua tak ingini.

Dalam insiden terbaru di kelas premium MotoGP – bendera merah dinaikkan setelah kemalangan ngeri yang berlaku antara Franco Morbidelli dan Johann Zarco di sudut ketiga.

Malah, kejadian itu hampir mencederakan Valentino Rossi yang terpaksa melihat dua motosikal pelumba tersebut mengalami kemalangan terbang di hadapannya.

Perlumbaan MotoGP Austria 2020 berjalan dengan baik dalam beberapa pusingan pertama. Pol Espargaro yang memulakan perlumbaan dari kelima segera melaju dan memimpin perlumbaan.

Namun, ketika perlumbaan memasuki pusingan kelapan, kejadian berbahaya yang melibatkan dua pelumba, Franco Morbidelli dan Johann Zarco, memaksa perlumbaan dihentikan, di mana bendera merah dinaikkan dan pelumba harus menghentikan perlumbaan sebentar.

Dalam kejadian yang berlaku di pusingan kesembilan ini, Franco Morbidelli dan Johann Zarco bertembung dan mereka berdua, yang berkelajuan tinggi, jatuh dan terseret puluhan meter.

Malah motor kedua-dua pelumba itu hampir merempuh Valentino Rossi yang melintas.

Pelumba veteran Yamaha bernasib baik kerana kedua-dua motosikal itu hanya melintas di depan wajahnya dan tidak membuatnya jatuh juga.

Setelah semua penunggangnya kembali ke paddock, Franco Morbidelli terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans, sementara Zarco kembali ke paddock.

Setelah diberhentikan sebentar, perlumbaan diadaka disambung semula. Franco Morbidelli, yang terlibat dalam kejadian itu tetapi dalam keadaan baik, meneruskan perlumbaan MotoGP Austria yang bermula dengan baki 20 pusingan.

Kemalangan itu dianggap sangat ngeri kerana kelajuan motosikal mencapai 320kmj. Impak daripada kemalangan juga dahsyat.

https://twitter.com/i/status/1294973891857625088

Motosikal berpusing pusing dan melantun lantun.

Ketika berada di paddock, Rossi kelihatan tidak sanggup melihat ulang tayang kemalangan itu.

Zarco kelihatan ok, namun keadaan Morbidelli agak menggusarkan.

Apapun kita harapkan tiada perkara buruk berlaku melibatkan dua pelumba tersebut.

Kemalangan dalam perlumbaan lebih awal

Sebelum ini, dalam perlumbaan Moto2, Red Flag berkibar juga selepas ada kemalangan melibatkan 4 pelumba termasuk pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin.

Bastianini hilang kawalan dan motosikalnya terjatuh. Bastianini bingkas keluar dari trek.

Keadaan menjadi semakin cemas apabila kelompok pelumba belakang tiba di kawasan dengan kelajuan yang tinggi

Hafizh Syahrin merempuh motosikal Batiastini yang sudah terlebih dahulu terjatuh di atas permukaan trek.

Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Apapun Pescao tidak dilanggar ataupun dirempuh pelumba lain yang berjaya mengelaknya ketika beliau terbaring di atas trek.

Kerana impak paling teruk adalah pelumba dirempuh oleh motosikal pelumba lain.

Bastianini hanya mampu melihat ke arah skrin dan berharap pelumba lain tidak cedera teruk selepas kemalangan berpunca daripada motosikalnya.

MotoGP mengesahkan bahawa kesemua 4 pelumba yang terlibat dalam kemalangan dalam kondisi sedarkan diri. Itu khabar yang baik daripada berita yang tidak baik ini.

Bersama sama kita doakan yang terbaik untuk Hafizh Syahrin. Rata rata warganet dan peminat motoGP dari seluruh dunia berharap mereka yang terlibat tidak cedera teruk terutama sekali Hafizh Syahrin.

Aspar Team kemudian mengemaskini maklumat terbaru Hafizh Syahrin. Di mana menurut mereka pelumba itu sedang dirawat di hospital.

Dan kedaaan Hafizh Syahrin stabil cuma banyak lebam dan bengkak di bahagian badannya.

Aspar Team turut mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedarkan diri.

Semoga baik baik sahaja kepada semua pelumba yang menerima rawatan.

Baca yang lain