Kegilaan untuk merakam video dia berjalan berhampiran dengan kereta api laju untuk dimuat naik di media sosial di India semakin menjadi jadi. Sehingga berlaku satu kejadian hampir meragut nyawa.
Trend itu terus berleluasa sehingga kini di India. Ditambah dengan kesedaran yang kurang di kalangan ramai rakyat mereka tentang bahanya kawasan landasan keretapi.
Seorang remaja berusia 17 tahun telah merakam aksi posing OOTD untuk reel Instagram berlatar belakangkan keretapi laju. Ianya hampir menjadi posing OOTD terakhirnya.
Posing maut yang hampir membawa maut
Ini kerana aktiviti berposing maut dia hampir meragut nyawanya. Remaja itu mengalami kecederaan yang agak teruk kerana dirempuh oleh kereta api dari belakang ketika dia berjalan sangat dekat dengan landasan berhampiran Stesen Kereta Api Kazipet di daerah Hanamkonda, India.
Video kejadian itu tular di media sosial. Di mana dia berjalan berposing dengan tangan di dalam poket, dia dilihat berjalan di sepanjang trek dengan kereta api menghampiri dari belakang.
Dalam beberapa saat, dia telah dilanggar oleh kereta api dan tercampak ke tepi. Rakannya, yang sedang merakam video itu pada telefon bimbit, kedengaran memberi amaran kepada remaja itu sebelum dia dirempuh. Menyatakan bahawa dia berjala terlalu dekat. Namun dia tidak dapat mendengar amaran itu dengan jelas kerana bunyi keretapi yang bising.
Remaja yang bernama Chintakula Akshay Raju (17) mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya. Dia turut dilihat mengalami gegaran otak ketika dirempuh dengan kuat.
Video tersebut dikongsikan di Twitter dan beberapa platform lain. Korang yang hati kering boleh saksikan di sini. Namun saya nak ingatkan, kepada mereka yang mudah rasa triggered melihat aksi kemalangan, jangan buka video ini.
17-year-old grievously injured while making Instagram reel at railway track near Kazipet in #Telangana. pic.twitter.com/2iuisZdVCj
— Ashish (@KP_Aashish) September 5, 2022
Chintakula Akshay Raju dimasukkan ke Hospital MGM di Warangal. Menurut penduduk kampung Vaddepally di daerah Hanamkonda, dia seorang pelajar kejuruteraan. Menjadi anak harapan bangsa di kampungnya. Namun dia baru sahaja hampir mengorbankan terus harapan orang kampung terhadapnya.
Laporan oleh media tempatan di India melaporkan bahawa remaja tersebut telah pun berada dalam keadaan stabil. Namun pastinya dia akan menyesal dan fobia untuk melakukan penggambaran atau rakaman video di tepi landasan keretapi.
Dalam kejadian serupa pada 2018, kegilaan untuk merakam video swafoto dengan latar belakang kereta api yang dipandu laju hampir meragut nyawa seorang pemuda di Hyderabad. Pemuda itu berjaya mengelak maut namun mengalami kecederaan parah ketika dia dirempuh oleh kereta api ketika cuba mengambil gambar terbaik untuk media sosial.
Pemuda itu, yang dikenali sebagai Shiva oleh polis, cuba mengambil swafoto dengan kereta api Sistem Pengangkutan Pelbagai Mod (MMTS) yang menghampiri pantas di latar belakang.