[VIDEO] Ribuan Penyokong Barca Melaungkan ‘F**** PSG’ Pada Majlis Pengenalan Xavi

Xavi Hernandez diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus Barcelona yang baharu. Pengurus tersebut meninggalkan Al Sadd selepas Barcelona setuju membayar klausa pelepasan sekitar EUR5 juta untuk mendapatkan khidmat beliau.

Xavi sudah lama dikaitkan dengan Barca. Namun sebelum ini pengurus itu memilih untuk terus komited bersama dengan Al Sadd. Membuatkan Barcelona melantik Ronaldo Koeman.

Kini Xavi yakin bahawa beliau sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab besar untuk membantu kelab yang dia cintai.

Presiden Al Sadd menyatakan bahawa Xavi di dalam dilema meninggalkan kelab mereka. Ini kerana Xavi sangat menghargai Al Sadd dan pada masa yang sama tidak mahu hanya berdiam diri ketika kelab yang dia sokong sejak kecil, Barcelona sedang memerlukan pertolongannya.

Seperti mana tradisi Barcelona, setiap kali ada pemain atau pengurus baharu, terutama sekali yang berstatus bintang atau legenda untuk mereka, maka mereka akan diperkenalkan di dalam majlis di hadapan peminat bertuah Barcelona.

Ketika majlis pengenalan itu, tiba tiba penyokong Barceloan melaungkan ‘P u t a PSG’ berkali kali. Ia membawa maksud ‘F x x k PSG’ ataupun terjemahan terus daripada google tanpa pedoman ‘persetubuhan PSG’.

Suara sorakan itu sangat jelas sekali. Peminat Barca nampaknya mengisytiharkan perang ke atas PSG. Yang sebelum ini merembat legenda no.1 kelab mereka, Lionel Messi dari Nou Camp.

Saksikan di sini detik yang memaparkan peminat Barca lepas geram kepada PSG:

Laungan ‘fxxx PSG’ itu pertama kali disorak beramai ramai ketika hari Messi melakukan debut untuk PSG.

Lionel Messi terpaksa dilepaskan oleh Barcelona, selepas kelab itu gagal untuk menepati piawaian FFP sekiranya mengekalkan Messi.

Namun Tebas menyatakan sebaliknya. Dengan kesediaan Messi menerima pemotongan gaji 50% dan kejayaan Barca menjual dan melepaskan beberapa pemain, mereka boleh mendaftarkan Messi.

Malang sekali Barca memutuskan untuk mendapatkan Sergio Aguero, Depay dan beberapa pemain lagi. Yang membuatkan bil gaji Barca sekali lagi gagal menampung gaji  Messi.

Messi yang tanpa kelab ketika itu memilih untuk ke Barcelona, menyertai rakan baiknya Neymar.