[VIDEO] Richarlison Koyak Dan Tunjal Kepala Ramsdale, Penyokong Spurs Cuba Meng-kungfu-nya

Aaron Rasmdale menjadi mangsa tunjalan Richarlison yang bengang dengan penjaga gol Arsenal itu.

Di mana Richarlison tidak berpuas hati dengan reaksi Ramsdale ke arah penyokong Spurs yang berterusan mengejeknya sepanjang malam.

Terdapat juga insiden di mana Ramsdale memberikan senyuman jahat kepada Richarlison yang menyuruhnya mempercepatkan sepakan gol.

Ketika wisel penamat dibunyikan, pemain antarabangsa Brazil itu dilihat memaki hamun Aaron Ramsdale dan kemudian sampai tangan ke arah kepala pemain itu.

Richarlison telah menempeleng Ramsdale, dan kemudian ditarik rakannya bagi mengelakkan kejadian pergaduhan berlaku.

Ketika Ramsdale cuba mengambil barangnya di tepi padang, seorang penyokong Spurs dengan gaya rempit cuba menyepak penjaga gol tersebut.

Namun dari rakaman video, pengawal stadium terus menolak remaja itu.

Kejadian semakin panas, apabila tiba tiba abang Long Xhaka pula nak masuk campur.

Arteta mempertaruhkan seluruh jiwa raganya menghalang Xhaka daripada terlibat dalam konfrontasi.

Kerana ianya bakal mengundang masalah kepada pasukan.

Xhaka ni jenis panas baran juga, itu yang Arteta risau. Kerana Arsenal memerlukan khidmatnya daripada digantung secara sia sia.

Arteta menarik Xhaka dan Ramsdale daripada terlibat dengan pergelutan dengan pemain atau penyokong lawan.

Arsenal menang 2-0 ke atas Spurs dalam aksi derbi London Utara untuk melebarkan jurang mata kepada 8 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Arsenal benar benar menggunakan kesempatan sebaiknya selepas kekalahan Manchester City kepada Manchester United dalam aksi lebih awal sehari.

Gol Arsenal adalah menerusi gol sendiri Hugo Lloris dan gol berkelas dunia daripada kapten Martin Odegaard.

 

Baca yang lain