[VIDEO] Romain Grosjean Berjaya Keluar Dari Keretanya Yang Terbakar Selepas Kemalangan Ngeri

Pemandu Formula 1 untuk pasukan Haas-Ferrari, iaitu Romain Grosjean telah mengalami hari paling cemas di dalam hidupnya.

Ini selepas beliau berjaya mengelak daripada terkorban dalam satu insiden kemalangan Formula 1 yang ngeri sekali.

Dalam aksi Formula 1 GP Bahrain, hanya pada pusingan awal, kereta Grosjean tiba tiba mengeluarkan percikan api di selekoh ketiga. Dan kemudian dia kehilangan kawalan ke atas keretanya itu.

Kereta Grosjean kemudian melanggar penghadang, lalu mewujudkan letupan yang kuat.

Imej yang dikeluarkan selepas kejadian menunjukkan bahawa keretanya terbelah dua, impak daripada kemalangan ngeri itu.

Bendera merah segera dikibarkan untuk memastikan keadaan kembali selamat.

Mujur sekali Grosjean berjaya melarikan diri daripada letupan itu. Di mana dia segera keluar daripda kereta.

Keadaan pasti berbeza jika Grosjean tidak sedarkan diri kerana hentakan yang kuat itu. Ternyata hari itu beliau masih bernasib baik.

Petugas medikal segera memberikan bantuan kepada Grosjean. Badannya tetap melecur di beberapa bahagian kerana api yang sangat marak – ini termasuk di bahagian kaki dan tangannya.

Prinsipal pasukannya menyatakan bahawa pelumba itu masih dalam keadaan terkejut ketika berada di hospital.

Para peminat terkejut dengan insiden itu dan berasa lega kerana tidak ada perkara yang tak diingini menimpa Grosjean.

Simon Head menganggap kejadian itu sukar dipercayai. Walaupun keretanya melanggar penghadang dan terbelah dua, serta api marak, Roman Grosjean masih mampu keluar daripada keretanya.

Formula 1 menerusi Twitter rasminya berkata: “Kami sangat bersyukur kerana Romain Grosjean berjaya keluar daripada insiden ini. Kami tidak perlukan peringatan tentang keberanian dan kebijaksanaan pemandu kami, para marshal, petugas medikal, dan juga kemajuan tahap keselamatan sukan kami, dan hari ini kami benar benar memperolehnya.”

Lewis Hamilton mewakili pelumba lain, menyatakan kesyukurannya bahawa tiada perkara buruk menimpa Romain Grosjean.

“Saya sangat bersyukur kerana Romain selamat.”

“Wow, risiko yang kita hadapi ini bukan kelakar, kepada anda yang di luar sana, terlupa tentang risiko nyawa yang kami pertaruhkan untuk sukan ini, dan untuk perkara yang kami cintai.”

“Terima kasih kepada FIA untuk langkah yang penting diambil bagi membantu Romain keluar daripada insiden itu dengan selamat.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di