[VIDEO] Ronaldo Bengang Pengadil Tak Kira Golnya Dan Membaling Lilitan Kapten

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo sangat kecewa selepas gol kemenangan beliau pada masa kecederaan sebelum tamat tidak dikira. Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.

Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.

Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.

Ramai yang mengkritik tindakan Ronaldo itu sebagai tidak matang dan memalukan. Lebih lebih lagi beliau merupakan ikon bola sepak serta kapten pasukan negaranya.

Namun ramai juga yang memahami kenapa beliau begitu marah, dan peminat menerimanya, sambil menyifatkan Ronaldo terlalu emosi, kerana ianya gol 3 mata untuk negaranya. Ronaldo dan Portugal baru sahaja dirompak.

Rata rata peminat Portugal masih berdiri teguh di belakang Ronaldo dan mereka turut mengecam mutu pengadilan yang teruk. Macamana penjaga garisan tidak boleh melihat bola itu sudah masuk.

Ronaldo kini sudah menjaringkan 102 gol untuk negaranya dan gol ke-103 itu dinafikan dengan cara yang kejam. Jelas sekali ia adalah ‘clean goal’ daripada Ronaldo.

Dalam aksi tersebut, Diogo Jota menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dengan gol pada minit ke-11 dan pada minit ke-36.

Namun pada separuh masa kedua, Serbia bangkit menerusi gol Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic.

Pada masa kecederaan gol Ronaldo tidak dikira. Kem Portugal turut mempersoalkan pengadilan yang lemah itu.

Menerusi Instagram miliknya, Ronaldo berkata: “Menjadi kapten pasukan kebangsaan merupakan penghargaan paling besar dalam hidup saya.”

“Saya sentiasa sedia memberikan yang terbaik buat negara – itu tak akan pernah berubah.”

“Namun ada masa yang sukar untuk dihadapi, terutama sekali, apabila kita merasakan satu negara telah ditindas.”

“Terus mendongak dan bersedia untuk cabaran seterusnya! Ayuh Portugal!”

 

Baca yang lain

Mike Tyson vs Jake Paul Julai Ini

Pertarungan petunjukkan antara Mike Tyson menentang YouTuber, Jake Paul akan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024. Pertarungan itu akan disiarkan secara langsung