Cristiano Ronaldo seringkali dianggap pemain yang hanya obses mengejar rekod jaringan peribadi.
Namun Abang Do membuktikan sebaliknya. Dia telah membuatkan ramai peminat bola sepak mengaguminya apabila meminta pengadil membatalkan penalti yang diberikan kepada Al Nassr.
Pemain berusia 38 tahun itu dijatuhkan pada minit kedua selepas berdepan cabaran dalam kotak penalti ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia.
Di mana pasukannya seri 0-0 dengan pasukan Iran Persepolis.
Pengadil China, Ma Ning menghadiahkan penalti, Ronaldo kemudian memberikan isyarat kepada pengadil bahawa dia tak setuju dengan penalti itu diberikan. Dan meminta agar pengadil menarik baik penalti.
Ronaldo dilihat berkata: “Not a penalty.”
Lihat di sini:
Ronaldo tells the match referee that the penalty kick he received was incorrect
Ronaldo is a symbol of morality and fair play 💛🐐 pic.twitter.com/Ztz37NaI2s
— 7ama2 (@7amd998) November 27, 2023
Ning kemudian berbincang dengan pegawainya dan menilai semula insiden itu. Pengadil itu kemudian membatalkan semula penalti tersebut.
Peminat bola sepak memuji sikap Ronaldo. Namun ada juga menyatakan bahawa bentesan itu sebenarnya memang penalti kerana ditujukan pada kaki Ronaldo.
Abang Do merasakan kontak itu tidak cukup kuat untuk menghukum lawannya.
Cristiano Ronaldo waved off his own penalty against Persepolis, telling the referee himself he didn't believe it was a foul. 👀
Not something you see every day in football. 👏 pic.twitter.com/do8L58tFYJ
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 27, 2023
Gabungan video pembantu pengadil VAR dan kejujuran Ronaldo datang menyelamatkan Persepolis. Perlawanan berakhir tanpa jaringan, dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
Al-Nassr telah pun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan di Riyadh. Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di depan Persepolis di tempat kedua.