Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo dilihat sangat marah dan bengang ketika pasukannya terikat tanpa jaringan dengan Al Feiha pada Ahad,
Keputusan itu menyaksikan Al Nassr kini 3 mata di belakang Al Ittihad dalam carta Liga Pro Saudi dengan baki 7 perlawanan lagi.
Al Nassr menguasai permainan dengan 18 percubaan dilepaskan ke arah gawang Al Feiha yang berada di tangga ke-11 dalam liga.
Namun tak satu pun yang masuk. Hanya 3 sahaja yang tepat.
Penjaga gol veteran berusia 39 tahum, Vladimir Stojkovic menjadi wira sebenar Al Feiha dengan melakukan banyak sekali saves.
Selepas wisel penamat, Ronaldo kelihatan agak emosional. Di mana dia tak suka dengan corak permainan Al Feiha yang menurutnya banyak melengahkan permainan dan bermain ultra defensive.
Ronaldo kemudian dilihat memberitahu jurulatih Al Feiha: “Kamu tidak mahu bermain bola sepak pun.”
Dan kemudian ada pemain dan pegawai Al Feiha yang membalas kritikan Ronaldo itu, terus Ronaldo menunjukkan isyarat diam kepada mereka.
Ronaldo turut tidak minat bersalaman dengan pemain lawan di situ yang cuba mengambil kesempatan untuk bersalaman dengannya. Dia terus menuju ke bilik persalinan.
Beberapa pemain Al Feiha kemudian mengejek Ronaldo yang menurut mereka koyak sebab tak menang. Dan rakan rakan sepasukan Ronaldo turut mempertahankan pemain itu.
رونالدو بعد نهاية المباراة#الفيحاء_النصر | #SSC pic.twitter.com/qVRsRFK2iU
— شركة الرياضة السعودية SSC (@ssc_sports) April 9, 2023
Lawan Al Nassr seterusnya adalah Al Ittihad, juara 18 kali Saudi.