VIDEO: Ronaldo Ganti Keraian Siuuu Dengan Sujud Syukur

Keraian gol Cristiano Ronaldo sentiasa akan menjadi perhatian dan ikutan ramai termasuk Faisal Halim di Malaysia.

Keraian Siuu ataupun keraian meletakkan tangan di dada sambil memejamkan mata antara yang ikonnik.

Terbaru pemain yang paling popular di dunia itu meraikan golnya dengan sujud. Keraian yang biasa digunakan oleh pemain pemain beragama Islam tanda sujud syukur.

Ronaldo sekali lagi menjadi wira kemenangan Al Nasser. Dia menjaringkan gol kemenangan dengan satu lencongan luar biasa.

Al Nassr menang 3-2 ke atas Al Shabab dalam aksi Liga Pro Saudi.

Ronaldo yang dikerumuni rakannya di tepi padang selepas menjaringkan gol luar biasa itu telah mengejutkan ramai apabila dia tiba tiba sujud.

Ramai yang benar benar terharu dengan tindakannya. Mereka juga berharap Ronaldo akan mengekalkan keraian itu menggantikan SIUUU.

Kerana bagi mereka, pemain yang berpengaruh seperti Ronaldo pun tiada masalah untuk menjalani budaya orang Islam.

Ianya boleh digunakan sebagai senjata memerangi Islamofobia di barat.

Malah ada yang mendoakan agar Ronaldo diberikan hidayah dan terbuka hatinya memeluk agama Islam.

Hal ini kerana pemain itu sentiasa dekat dengan peminat dari negara Islam terutama sekali Palestine. Dia seringkali membantu negara tersebut dari segi sumbangan wang dan keperluan lain.

Al Nassr kini hanya 3 mata dibezakan daripada pendahulu liga Al Ittihad dengan baki 2 perlawanan lagi.

Al Nassr sebelum ini sudah terlepas piala domestik Piala Raja Saudi. Dan mereka berharap akan menamatkan musim ini sebagai juara liga.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di