VIDEO: Ronaldo Hilang Kata Kata Dengan Aksi Kelakar Abdulmajeed Yang Makin Menjadi Jadi

Dalam aksi Liga Juara Juara Kelab Arab, Cristiano Ronaldo pening kepala melihat aksi beberapa rakan sepasukannya.

Pertamanya adalah aksi Abdulmajeed Al-Sulaiheem yang melakukan hantaran lintang melambung tinggi walaupun dia langsung tidak ditekan atau ada cabaran fizikal dikenakan ke atasnya.

Ronaldo hanya mampu tertunduk kecewa dengan situasi itu. Insiden itu berlaku ketika berdepan Al Shabab.

Ketika memasuki padang, Ronaldo turut membaling botol air kepada jurukamera yang berterusan merakamnya dan tidak mempedulikan aksi di atas padang.

Di atas padang dia disajikan pula dengan aksi pening Al Sulaiheem yang melambungkan hantaran viral. Ronaldo kelihatan hanya bercekak pinggang hilang kata kata.

Peminat simpati dengan Ronaldo. Ada yang berkata: “Dan mereka mengharapkan Ronaldo untuk menjaringkan gol dan memenangi setiap perlawanan dengan rakan sepasukan serupa ini?”

Ada juga yang menegaskan bahawa: “Ronaldo sudah melakukan banyak sekali dalam perlawanan ini namun rakan sepasukannya ramai yang tak membantu.”

Minggu lalu, dalam aksi menentang Inter Milan, pada aksi persahabatan, pemain yang sama mengira jumlah pemain di atas padang selepas merasakan bahawa pasukannya, Al Nassr mungkin tak cukup pemain.

Sebenarnya dia tidak perlu melakukan head count atas padang dan kekal fokus kepada permainan. Kerana itu tugasan staf kejurulatihan atau pegawai perlawanan.

Video itu menjadi bahan jenaka peminat lawan. Ada yang menganggap dia sedang mencari Ronaldo.

Mereka tidak percaya Ronaldo sedang bermain dengan rakan sepasukan yang kelakar seperti ini.

Abdulmajeed mungkin sudah boleh memikirkan bahawa selepas ini dia akan sukar mendapat tempat di dalam kesebelasan utama. Ini kerana Sadio Mane akan menyertai jentera serangan Al Nassr. Dan posisi sayap kiri merupakan kegemarannya.