[VIDEO] Ronaldo Keliru Dan Pertikai Kenapa Dia Tak Dapat MOTM

Cristiano Ronaldo jelas keliru dan memerlukan penjelasan bagaimana Sergej Milinkovic Savic dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Juara Juara Arab – menemukan Al Nassr vs Al Hilal.

Sedangkan Ronaldo menjaringkan dua gol penting. Gol pertamanya adalah gol yang mengikat Al Hilal yang terlebih dahulu mendahului menerusi gol Michael.

Gol penyamaan Ronaldo itu telah mengheret perlawan ke masa tambahan 30 minit.

Pada masa tambahan Ronaldo menjaringkan gol kejuaraan trofi untuk Al Nassr sebelum dia dikeluarkan kerana kecederaan.

Berdasarkan impak dan kepentingan gol dalam perlawanan final itu, peminat di seluruh dunia setuju bahawa Ronaldo berhak menjadi MOTM.

Begitu juga dengan Ronaldo yang memiliki perasaan yang sama. Ketika pemenang MOTM untuk final diumumkan, Ronaldo agak terkejut.

Kerana ternyata Sergej Milinkovic Savic yang dipilih bukannya dia. Ronaldo mempersoalkan pilihan itu dengan memberikan reaksi kepada pegawai perlawanan yang berdekatan dengannya.

Dia memberikan isyarat dia menjaringkan 2 gol penting dalam perlawanan itu termasuk gol yang memberikan Al Nassr kejuaraan mengatasi Al Hilal.

Peminat dan netizen di media sosial turut menyatakan kritikan yang serupa.

Menurut mereka Ronaldo ada hujah kukuh untuk mempersoalkan pemilihan itu terutama sekali biasanya pemenang MOTM aksi final biasanya diberikan kepada pemain daripada pasukan juara. Melainkan pemain yang dari pasukan kalah benar benar menunjukkan aksi luar biasa.

Mereka menganggap apa yang dilakukan Ronaldo ketika membantu Al Nassr bergelar juara kelab Arab sudah cukup untuk menjulangnya sebagai pemain terbaik.

Ronaldo menikmati piala pertamanya bersama Al Nassr sejak menyertai kelab itu pertengahan musim lalu.

Ronaldo kini akan membawa cabaran lebih sukar bersama pasukannya untuk Liga Pro Saudi selepas ini.

Al Nassr sudah mendapatkan Sadio Mane untuk digandingkan dengan Ronaldo di zon serangan pasukan mereka.

Dalam aksi final yang sama semalam Ronaldo turut mengajar pemain Al Hilal yang menganjingnya dengan keraian Siuuu — erti penyesalan sebenar.

[VIDEO] Pemain Ini Menganjing Ronaldo Dengan Keraian ‘Siuu’, Ronaldo Balas Dengan 2 Gol

Penyerang Al-Hilal, Michael Richard Delgado de Oliveira, lebih dikenali sebagai Michael, membuatkan Cristiano Ronaldo agak malu apabila dia menganjing penyerang itu dengan keraian gol ikonik “Siuuuu” semasa perlawanan akhir Piala Juara Juara Arab.

Dalam perlawanan akhir yang sengit antara dua pesaing Riyadh, Michael adalah orang yang berjaya kebuntuan awal dalam perlawanan tersebut.

Selepas rehat separuh masa, pasukan bimbingan Jorge Jesus mendahului sebaik sahaja pembelian musim panas mereka Malcom, memberikan hantaran lintang tepat untuk mencari rakan senegaranya dari Brazil, Michael.

Bekas bintang Flamengo berusia 27 tahun itu, yang memperoleh gol pembukaan dengan tandukan terbang derasnya, telah memutuskan untuk meraikan gol dengan “Siuuu” di hadapan tuan badan yang ikonik dengan keraian itu iaitu CR7.

Niatnya jelas sekali mahu memalukan pemain legenda Portugal itu yang agak bergelut mencari gol dalam perlawanan tersebut. Di mana Ronaldo terlepas peluang keemasan pada awal perlawanan apabila percubaannya melambung tinggi.

Malangnya bagi Michael dan Al-Hilal, kerana penyerang veteran Portugal itu yang ketawa pada akhirnya. Ronaldo benar benar tahu cara untuk mengajar Michael erti penyesalan.

Ronaldo membalas penganjingan itu dengan 2 gol dan memberikan kejuaraan kepada Al Nassr yang juga trofi pertamanya di Arab Saudi.

Ronaldo menyumbat gol penyamaan pada minit ke-74, mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Dia menyusuli gol penyamaannya dengan menjadi penjaring kemenangan perlawanan sebelum digantikan berikutan kecederaan yang dialaminya pada lewat perlawanan.

Detik itu membuatkan ramai peminat mengingatkan Michael bahawa dia jangan sesekali bermain dengan GOAT. Ronaldo sudah membuktikan di sepanjang kariernya, ejekan dan sindiran sinis seperti itu hanya membuatkan dia semakin kuat.

Tak percaya tanya penyokong Atletico!

Ramai peminat menyatakan kegembiraan mereka untuk CR7 yang akhirnya menjulang trofi sekali lagi.

Ronaldo menyertai Al Nassr pada pertengahan musim lalu. Yang dia sendiri percaya langkah itu telah menjadi pembuka pintu kepada kehadiran lebih ramai pemain bintang dunia lain datang ke Liga Pro Saudi.

Ronaldo menerima pendapatan sangat lumayan di Al Nassr. Dan dia menyatakan dia tidak fikir dia akan kembali semula ke Eropah kerana bola sepak di sana sedang dirosakkan oleh UEFA.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah