[VIDEO] Ronaldo Korbankan Hatrik, Serah Penalti Kepada Rakan, Namun Penyokong Al Nassr Mengejek Pemain Itu

Cristiano Ronaldo berpeluang menjaringkan hatrik separuh masa pertama dalam aksi antara Al Nassr menentang Al Shabab.

Seterusnya pada separuh masa kedua Ronaldo sendiri mengorbankan peluangnya untuk mencetak hatrik kerana menyerahkan penalti kepada rakannya.

Pada separuh masa pertama, Ronaldo mencetak gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti.

Dan beberapa minit kemudian dia kecewa kerana gol tandukannya dibatalkan kerana didakwa berlaku kekasaran.

Ronaldo dilihat sangat berang dengan keputusan pengadil dan sempat mencarut: “Always against me! F***ing hell,” ataupun “Selalu je ada yang tak kena kat saya, menyetubuhi neraka.”

Namun pemain berusia 38 tahun itu kemudian menjaringkan gol kedua 2 gol menerusi sepakan penalti yang dia sendiri menangi.

Ronaldo terus cemerlang apabila melakukan assist yang ringkas dan kemas kepada Sadio Mane.

Pada separuh masa kedua, Al Shabab berterusan memberikan penalti. Kali ini Ronaldo telah memutuskan untuk memberikan tugasan itu kepada rakannya, Abdulrahman Ghareeb.

Ianya untuk membolehkan rakannya itu mencetak gol pertamanya musim ini.

Ronaldo sedar tindakannya akan mengundang risiko dikenakan tindakan disiplin. Namun dia yakin rakannya itu akan menyempurnakan penalti itu dan pasukannya sudah selesa 3-0 pada masa itu.

Malang sekali Abdulrahman Ghareeb gemuruh pada masa itu dan gagal menyempurnakan tugasannya.

Mana tidaknya, peminat Al Nassr sendiri yang mengejek pemain itu mengambil penalti kerana tidak gembira dengan prestasinya.

Ronaldo dan Mane jelas tak gembira dengan keadaan itu dan meminta peminat mereka terus menyokong pemain mereka.

Apa yang pasti tindakan Ronaldo itu membuktikan bahawa dia bukan obses dengan rekod peribadi. Kerana dia boleh mencetak hatrik untuk dua perlawanan berturut turut dan menambah koleksi hatriknya.

Walaupun dia megabintang namun dia tetap melayan rakan sepasukannya di Arab Saudi sama sahaja seperti mana dia bermain dengan pasukan elit eropah.

Al Nassr tetap mendapat gol keempat menerusi Sultan Al Ghannam untuk memastikan kemenangan buat tuan rumah.