[VIDEO] Ronaldo Marah Rakan Sendiri Dan Buat Isyarat Tidur, Peminat Al Nassr Berbalah Tentang Tindakannya

Cristiano Ronaldo menunjukkan rasa tak puas hati secara terang  terangan kepada rakan sepasukannya yang lain ketika Al Nassr dibelasa Al Hilal pada aksi Piala Super Saudi.

Cristiano Ronaldo memarahi rakan sepasukan Al-Nassr selepas berang dengan kejatuhan separuh masa kedua menentang Al-Hilal pada hari Sabtu. Pemenang lima kali Ballon d’Or itu gagal membantu pasukannya meraih kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Super Saudi walaupun menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Ronaldo memecah kebuntuan dengan penyudah jarak dekat sejurus sebelum rehat, memberikan Al-Nassr kelebihan dalam usaha mereka untuk memenangi trofi pertama musim ini. Bagaimanapun, kejatuhan dramatik pada separuh masa kedua menyaksikan mereka melepaskan empat gol dalam masa hanya 17 minit.

Sergej Milinkovic-Savic menyamakan kedudukan dengan penyudah yang baik sebelum Aleksandar Mitrovic menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit untuk meletakkan Al-Hilal mengawal perlawanan sepenuhnya.

Malcom menambah gol keempat tidak lama selepas itu, merampas bola daripada penjaga gol Al-Nassr Bento dan menggeleceknya sebelum memasukkan bola ke dalam gawang kosong.

Ronaldo berasa kecewa dengan kejatuhan pasukannya dan menunjukkan isyarat tidur kepada rakan rakannya. Tanda mereka sedang tertidur selepas gol pendahuluan.

Ronaldo kemudian  menyatakan sesuatu kepada rakannya. Dan dia benar benar kecewa kerana terlepas satu lagi piala bersama Al Nassr. Dia turut memberikan isyarat bahawa perjuangan mereka malam itu sudah selesai kerana kesilapan mereka sendiri.

Rakan rakannya yang lain jelas faham dengan apa yang dimarahi oleh Abang Do dan bergegas cuba memulakan perlawanan segera.

Peminat Al Hilal turut tidak melepaskan peluang mengejek CR7 dengan bersorak Messi Messi Messi. Dan selepas menerima medal perak pada majlis penyampaian piala. Ronaldo terus bergegas masuk ke bilik persalinan dengan wajah sangat marah dan kecewa.

Kemenangan A-Hilal menjulang Piala Super Saudi adalah untuk tahun kedua berturut-turut, setelah menewaskan Al-Ittihad pada perlawanan akhir tahun lalu. Ronaldo dan rakan sepasukannya perlu bangkit untuk aksi liga selepas ini.

Lebih pedih apabila ada peminat Al Hilal mengecam Ronaldo sebagai gagal membawa impak kepada pasukan. Terutama sekali dalam Piala Super Saudi.

Kemudian ada yang menganggap kelakuan Abang Do sebagai sangat toksik dan boleh mengguris hati rakan rakannya yang lain. Peminat juga menyenaraikan kegagalan Ronaldo dalam enam final sejak tiba di Al Nassr dan melabel Abang Do sebagai penandatanganan paling teruk sepanjang zaman. Namun ada yang membantah kritikan itu kerana Ronaldo adalah pemain terbaik Al Nassr semalam. Sedangkan pemain lain semua main sangat teruk.

Mereka juga mempertahankan tindakan abang Do. Sebagai contoh ada pemain Al Nassr yang masih mampu tersengih ketawa ketika pasukan mereka ketinggalan 4-1.

Lantas ada yang menyatakan bahawa ramai pemain Al Nassr ini tidak kisah tentang soal menang atau kalah. Yang mereka tahun gaji mereka masyuk dan besar. Berbeza dengan Ronaldo yang sentiasa mahukan kemenangan untuk pasukan yang dia wakili. Itulah mentaliti yang Ronaldo miliki dan tidak pada pemain lain.

Maka tidak hairanlah Ronaldo secara terbuka mengecam rakan rakannya sendiri ketika di atas padang.

Seorang peminat berkata: “Mereka ni semua jenis tak kisah kecuali CR7.”

Yang lain berkata: “Kali ini saya setuju dengan Ronaldo. Apa yang pemain buat adalah tidak boleh diterima.”

Mereka mendesak kelab untuk mendapatkan pemain yang lebih bagus untuk membantu Ronaldo di atas padang.