Real Madrid ada dua orang legenda bernama Ronaldo. Salah seorang daripada merupakan no.9 terbaik sepanjang zaman dan seorang lagi merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab sepanjang zaman.
Ronaldo Fenomeno sudah pun bersara. Dan dia beberapa tahun lalu telah memutuskan untuk menjadi pemilik sebuah kelab di Sepanyol.
Ronaldo Luis Nazario Lima telah menjadi pemegang saham terbesar dala Real Valladolid pada akhir tahun 2018 yang mengukuhkan statusnya sebagai presiden dan pemilik kelab.
Bersama kelab yang ditubuhkan pada 1928 itu, Ronaldo mengalami pasang surut dalam kempen mereka.
Namun Ronaldo tetap tekun berusaha untuk menaikkan semula kelab itu ke liga utama. Ianya bukan perkara yang mudah untuk mereka lakukan, menurut Ronaldo.
Ini kerana terlalu banyak cabaran. Selain daripada kualiti lawan yang semakin bagus, mereka juga berdepan masalah seperti pandemik yan menjejaskan pendapatan kelab.
Ronaldo dan Valladolid ke La Liga sekali lagi
Namun mereka berjaya melakukannya!
Pada baru-baru ini, kelab tersebut dinaikkan pangkat ke kasta tertinggi bola sepak Sepanyol iaitu La Liga. Ianya selepas musim 2020/21 mereka tersingkir ke divisyen kedua dalam piramid liga bola sepak Sepanyol iaitu Liga Segunda.
Pengesahan status promosi itu disahkan pada Isnin, selepas Real Valladolid mengalahkan Huesca dengan skor 3-0, sementara pada aksi lain yang berkaitan, Eibar kalah 1-0 kepada Alcorcon.
Keputusan itu meletakkan Real Valladolid menduduki tempat kedua dalam kedudukan akhir Divisyen Segunda.
Ronaldo tidak dapat menahan keterujaannya melihat kelab itu kembali ke La Liga sekali lagi, hanya selepas semusim mereka tersingkir ke Liga Segunda
Ronaldo berkata: “Ia adalah musim yang sangat sukar, dengan adanya perkara seperti wabak dan semua macam perkara.”
Ronaldo yang pernah merasai suasana meraikan kejayaan di bilik persalinan sebagai pemain amat memahami perjuangan pemain Valladolid. Dia sempat memberikan kata kata ucapan dan terima kasihnya kepada semua peminat.
Ronaldo dilihat menahan sebaknya. Dia sangat emosi dengan kejayaan tersebut. Kerana dia adalah pemain bola sepak yang memahami perasaan penyokong ketika kelab mereka dalam situasi rumit.
Ronaldo berkata: “Ia sungguh luar biasa sekali. Kami telah bekerja keras dan berjuang, dan walaupun kami menderita sehingga ke saat akhir, kami akhirnya berjaya juga mencapai matlamat kami untuk kembali ke divisyen pertama.”
Ronaldo, yang sebelum itu dilihat berada di Perancis menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada malam Sabtu. Dia meraikan kejayaan bekas kelabnya Real Madrid yang menewaskan Liverpool.
Di mana pemain senegara dengannya Vinicius Jr menjaringkan gol tunggal kejuaraan buat Real Madrid dalam perlawanan itu.
Sehari kemudian, bintang yang digelar el Fenomeno itu meraikan pula kejayaan para pemainnya di atas padang dan di bilik persalinan selepas perlawanan melibatkan Valladolid.
“Ia adalah kemenangan besar oleh skuad ini, kakitangan kejurulatihan dan peminat,” kata Ronaldo.
“Kita [pemain dan penyokong] harus menikmatinya – menikmati kejayaan ini. Kita kembali ke tempat yang sepatutnya,” tegas beliau lagi.
Ronaldo kelihatan tidak sabar untuk melihat dua pasuka Real bersaing dalam La Liga musim depan. Real Valladolid menentang Real Madrid.
Valladolid merupakan kelab di mana dia menjadi pemilik. Dan Madrid pula, sebuah kelab yang namanya sangat disegani sebagai salah seorang legenda sepanjang zaman di kelab itu pada era Galaticos.
Saksikan momen Ronaldo meraikan kejayaan bersama pemain pemain Valladolid yang menjerit Presidennn!
Syabas kepada kepada uncle Do.