[VIDEO] Ronaldo Tiba Di OT Scan ‘UKSejahtera” Dan Tersenarai First XI

Hari yang ditunggu tunggu peminat Manchester United telah tiba. Dimana lagenda mereka akhirnya kembali semula ke kelab mereka.

Ronaldo akan terlibat dalam aksi berdepan dengan Newcastle pada hari ini.

Para peminat majoritinya memakai jersi no.7 milik Ronaldo. Mereka sudah berada di Old Trafford sejak awal lagi.

Ronaldo Mania itu sudah tak mampu dibendung lagi.

Perhatian tertumpu sepenuhnya kepada Ronaldo yang bakal melakukan debut kedua beliau di hadapan penyokong Man United selepas 12 tahun meninggalkan pasukan tersebut.

Sebelum ini Ronaldo sudah memberitahu bahawa kehadirannya adalah untuk membantu kelab menjuarai semula trofi. Ronaldo malah menegaskan bahawa kehadiran dia bukan untuk makan angin.

Ronaldo sudah pun tiba bersama dengan rakan-rakannya, dan sudah pun mengimbas aplikasi contact tracker di Old Trafford sepertimana mysejahtera di Malaysia.

Beliau menunjukkannya kepada pegawai yang terlibat dalam memastikan SOP dipatuhi.

Star macam abang Do pun patuh SOP, apa pulak alasan orang yang suka scan suhu pakai tangan.

Ketika kesebelasan utama diumumkan, Cristiano Ronaldo disahkan berada dalam senarai.

Beliau terus bermain walaupun baru tiba beberapa hari. Jadi inilah yang ditunggu tunggu para peminat.

Ronaldo menyertai Man United dengan yuran perpindahan mencecah €30 juta secara terkumpul. United sudah membayar sebahagian daripadanya.

Ronaldo dikatakan kecewa dengan pengurusan Juventus yang tidak stabil dan seringkali bertukar pengurus.

Ronaldo akhirnya memberitahu kelab itu bahawa beliau tak akan melanjutkan kontrak.

Ronaldo kemudian dikaitkan dengan Manchester City. Melihat peluang itu tiba, Manchester United tidak mahu membiarkan lagenda mereka itu bermain untuk seteru utama mereka.

Lalu Man United akhirnya datang dengan tawaran rasmi.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes menyatakan Ronaldo memang menunggu tawaran Man United. Sebaik sahaja tawaran itu tiba beliau sudah tidak memikirkan soal tawaran lain.

Jiwanya untuk United sangat kuat.

Pemain berusia 36 tahun, Ronaldo, yang telah memiliki jenama ‘CR7’ sejak satu dekad yang lalu, pastinya sangat signifikan jika berjaya memakai semula jersi no.7. Akhirnya beliau berjaya mendapatkannya.

Peraturan EPL dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Uruguay itu mesti kekal dengan no.7 sehingga akhir musim ini.

Cavani diberikan no.7 tersebut selepas United berjaya memujuknya untuk melanjutkan kontraknya musim lalu. Ketika itu Cavani menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Boca Juniors di Argentina demi untuk tinggal lebih dekat dengan keluarganya.

Manchester United mendapatkan pengecualian khas daripada Premier League untuk menukar nombor jersi Cavani, untuk membolehkan Ronaldo mendapat semula no.7 yang signifikan dengan beliau.

No.21 juga merupakan jersi yang dipakai Cavani dalam kancah antarabangsa.

Ronaldo menyatakan dia terharu dengan kemuliaan hati Cavani yang menyerahkan jersi no.7 untuknya.

£32.5 juta dalam setengah hari

Hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut, peminat berpusu pusu memasuki laman rasmi Man United untuk membuat tempahan. Di Old Trafford, peminat beratur panjang untuk membeli secara terus jersi Ronaldo 7.

Ronaldo merupakan ikon di Manchester United. Dan pada masa yang sama merupakan atlet yang memiliki publisiti paling berpengaruh di dunia.

Forbes mengiktiraf Ronaldo sebagai raja publisiti dari kalangan atlet dan ahli sukan.

Lovethesales melaporkan, jersi Ronaldo 7 berjaya meraih kutipan £32.5 juta dalam masa hanya 12 jam bersamaan dengan RM186.85 juta dalam masa setengah hari.

Angka itu melebihi yuran perpindahan Ronaldo yang dikatakan sekitar £25 juta.

Ianya sudah memberikan keuntungan besar kepada Adidas dan kita buat anggaran kasar bahawa Adidas memberikan 7% daripada jualan itu kepada Man United sebagai bonus – berdasarkan laporan oleh Kirean Maguire.

Mungkin kerana tajaan Adidas kepada Man United sangat tinggi membuatkan kadar bonus itu cuma 7%. Kerana biasanya bonus adalah sekitar 10-15%. Tapi tak apalah, tetap juga Glazers tersenyum riang.

Mana tidaknya, dalam masa 12 jam Man United mendapat bonus sekitar £2.75 juta / RM15.81 juta.

United kini mendapat £4.20 bonus daripada setiap jersi Ronaldo yang dijual pada tanda harga £60.

Lovethesales menjangkakan bahawa, United akan mendapat sekitar £12.9 juta / RM74.16 juta daripada bonus penjualan jersi Ronaldo dalam masa seminggu. Itu sudah kira kira separuh daripada yuran perpindahannya.

Itu juga bermakna dalam seminggu ini Adidas boleh meraih sehingga £185.7 juta / RM1.07 billion daripada penjualan jersi Cristiano Ronaldo sahaja.

Baca yang lain