[VIDEO] Sabah Ikat Penang, Saddil Adalah Special Player Rhinos Dengan Screamer Lemak Berkrim

Saddil Ramdani hampir gagal merumput semula di MSL selepas dilepaskan oleh Pahang pada musim lalu. Namun Sabah menjadi destinasi seterusnya beliau.

Ternyata Saddil setakat ini terus membuktikan bahawa beliau adalah pemain istimewa Sabah pada musim ini.

Dalam aksi di Stadium Bandaraya, Saddil berjaya menjadi penjaring gol penyamaan untuk Sabah. Di mana beliau selayaknya mendapatnya selepas aksi yang penuh semangat dan penetratif sepanjang malam.

Diletakkan di bahagian inverted winger, Saddil kerapkali menghadirkan ancaman ketika melarikan bola ataupun ketika tanpa bola.

Beliau sangat yakin dalam aksi awal musim iin. Walaupun Sabah gagal mendapatkan keputusan yang baik sebelum ini, namun Saddil antara bakat yang menunjukkan dia adalah player to watch untuk musim ini.

Sabah terlebih dahulu di hadapan menerusi Saddil Ramdani yang merembat kemas dari luar kotak penalti.

Pulau Pinang sebenarnya memulakan perlawanan ini dengan baik. Namun pada separuh masa kedua mereka membenarkan Sabah berkembang dan bermain dengan cara mereka.

Pulau Pinang memberikan ancaman menerusi pemain lincah Al Hafiz. Tetapi malangnya mereka gagal menyempurnakan beberapa peluang dan gerakan yang dilihat cerah untuk mendapat gol.

Selepas gol Saddil Ramdani, sabab seolah olah bergelut dengan permainan mereka kerana mereka seolah olah tidak pasti sama ada nak lebih bertahan ke bawah ataupun mencari gol kedua.

Sabah akhirnya bocor menerusi gol Casagrande pada minit akhir perlawanan.

Setiap gol yang akhir babak macam tu memang agak mengecewakan pasukan yang bolos lebih lebih lagi bocor menerusi bola mati.

Sabah tidak melakukan marking yang baik untuk target man lawan.

Dengan keputusan seri ini, Pulau Pinang mempersiakan peluang untuk naik ke tangga kedua liga.

Sabah pula walaupun agak kecewa bolos pada babak akhir, namun seri adalah keputusan yang baik di kala kem mereka dilanda dengan krisis di bilik persalinan minggu ini.

Apapun, Saddil Ramdani memang power!

Saksikan highlight di sini”

Baca yang lain