Pemain legenda, Safiq Rahim telah melakukan tindakan mengejutkan ramai. Di mana aksi hilang akal Copot membutakan dilayangkan kad merah.
Mana tidaknya apabila Safiq Rahim dengan sengaja menanduk kepala Faisal Halim persis Zinedine Zidane menanduk Marco Materazzi di final Piala Dunia 2006.
Pengadil langsung tiada pilihan selain daripada memberikan kad merah kepada Safiq Rahim.
Tempoh kurang 20 minit yang penuh kegilaan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antra JDT dan Terengganu FC di Sultan Ibrahim Gelang Patah, Johor.
Selepas 15 minit perlawanan JDT telah mendahului Terengganu FC 3 gol tanpa balas dan ketiga-tiga gol itu telah dijaringkan hanya dalam tempoh kurang 8 minit.
JDT sangat selesa dan Terengganu sudah tertekan apabila secara agregat telah ketinggalan 4-1 pada awal perlawanan. Namun sesuatu tidak dijangka terjadi.
Kemudian tanpa disangka-sangka, Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Faisal Halim.
Safiq Rahim pada mulanya seperti menyiku Faisal Halim sehingga jatuh dan Faisal bangun tidak berpuas hati lalu telah ditanduk oleh Safiq Rahim.
Kemudian kekecohan berterusan apabila Bergson telah menjirus Faisal Halim dengan air dan Faisal Halim membalas kembali. Menambah kepanasan perlawanan.
Pergaduhan hampir tercetus namun pengadil berjaya mengawal keadaaan, tindakan yang tidak sepatutnya dari Safiq Rahim dan Bergson ketika mereka selesa mendahului.
https://www.youtube.com/watch?v=OOAkhtsu8Gk
https://www.youtube.com/watch?v=M3N4KXH3TzY
Aksi benar benar panas di atas padang pada kali ini.
Tindakan tidak profesional Safiq Rahim pasti akan menjadi perhatian pemilik JDT, TMJ selepas ini. Mana tidaknya, sebelum ini Safiq sudah dilepaskan JDT ke pasukan lain.
Namun diberikan peluang semula untuk menyambung kariernya di JDT.