[ VIDEO ] Saksikan Detik Gol Min Ke-93.01 Bawa JDT Ke Kalah Mati ACL

JDT mencipta sejarah gemilang apabila berjaya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara.

Ianya dilakukan dengan cara sangat dramatik di hadapan penyokong mereka sendiri.

JDT sedar bahawa wajib menang ke atas Ulsan Hyundai jika mereka mahu mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara AFC.

Segalanya bermula baik apabila JDT terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Leandro Velaszquez pada minit kelima.

Leandro melakukan sepakan percuma yang sangat dahsyat dan padu. Terus ke top corner.

Tetapi gol itu tak bertahan kama apabila kelekaan JDT terus dihukum oleh Jun Amano hanya seminit kemudian.

Jun Amano merembat deras bola yang gagal diselamatkan penjaga gol.

JDT berusaha untuk mencari gol kemenangan. Mereka tampil lebih dominan dan lebih banyak mencipta peluang. Lawan mereka sedar bahawa keputusan seri itu akan menyingkirkan JDT.

Pada minit ke-60 Leandro merembat dari jarak jauh untuk menguji penjaga gol lawan.

Seterusnya pada minit akhir perlawanan, minit ke-90, Ramadan Saifullah yang melencongkan bola tetapi di selamatkan penjaga gol.

Seminit kemudian Safawi Rasid melakukan rembatan deras dan terkena tiang. Malangnya Fernando Forresterri gagal menyumbat bola kerana usaha beliau melakukan susulan dihadang.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan. JDT terus sabar dan melaksanakan gameplan mereka.

Dengan perlawanan masuk ke minit kedua daripada tiga minit yang diberikan pengadil.

JDT akhirnya mendapat gol kemenangan yang dicari cari dengan cara sangat dramatik. kegagalan penjaga gol dan pertahanan Ulsan Hyundai mengeluarkan bola membawa padah.

Mereka tertampan bola ke gawang sendiri pada percubaan terakhir dalam perlawanan ini.

Stadium Sultan Ibrahim menjadi euforia. Benjamin Mora dan pemain pemain JDT meraikan gol itu bagai nak gila.

Saksikan detik itu di sini.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini..