[VIDEO] Saksikan Detik Kepa Melambungkan Penalti Dan Liverpool Juara (11-10 Penalty Shootout)

Liverpool dan Chelsea berentap dalam perlawanan final Piala Carabao 2021/22 yang berlangsung di gelanggang keramat Wembley. Ianya adalah pertemuan heavyweight di antara dua gergasi Inggeris.

Separuh masa pertama

Chelsea bermula dengan sangat baik. Di mana Mason Mount memiliki peluang keemasan untuk meletakkan pasukannya di hadapan. Namun percubaan jarak dekat Pulisic diselamatkan oleh Kelleher menerusi point blank save.

Chelsea kemudian melancarkan beberapa siri serangan. Kai Havertz melakukan larian lewat dari belakang Trent Alexander Arnold dan mencipta peluang untuk Mount. Sekali lagi percubaan Mount dihadang pada minit ke-16.

Pada minit ke-18, Liverpool mendapat peluang mereka menerusi Sadio Mane yang menerima hantaran hampir vertikal daripada Trent Alexander Arnold. Tetapi tandukan Mane tersasar. Ia adalah peluang terbaik pertama Liverpool dalam perlawanan ini.

Liverpool kemudian merampas dominasi permainan daripada Chelsea.

Pada minit ke-30, Naby Keita melakukan rembatan deras yang memaksa Mendy melayangkan badan untuk menepisnya. Sadio Mane kemudian datang melakukan susulan depan mata Mendy, namun percubaan Mane dinafikan oleh Mendy yang melakukan world class save.

Pada minit ke-44, Mason Mount sekali lagi menerima bola yang cantik dalam kotak penalti. Percubaannya tersasar. Ianya adalah miss yang sangat sukar diterima Tuchel.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan daripada kedua dua pasukan.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, The Blues bermula garang. Di mana dalam 5 minit pertama, mereka mencipta 2 peluang keemasan. Kai Havertz melakukan hantaran leret yang gagal disambar Puliic.

Kemudian Mason Mount mempersiak siakan peluang terbaik beliau sekali lagi. Ini apabila Mount meleretkan bola yang terkena tiang dalam situasi 1 lawan 1 selepas dia cemerlang mendada bola dan mengatasi perangkap ofsaid.

Minit ke-58, Chelsea melakukan serangan dari bawah dan sekali lagi Havertz mencipta peluang kepada Mount. Namun Kelleher cemerlang menangkap bola.

Pada minit ke-64, Edouard Mendy mengambil risiko dengan hantaran rendah yang dirampas Liverpool. Malangnya Mo Salah gagal menyempurnakan bola tersebut yang dikeluarkan oleh Thiago Silva dari atas garisan.

Pada minit ke-68, Joel Matip menanduk masuk bola, namun VAR membatalkan gol tersebut kerana Van Dijk yang berada dalam kedudukan ofsaid menganggu Reece James yang mahu mencabar bola.

Minit ke-70, Thiago Silva sekali lagi menjadi penyelamat Chelsea, apabila Luis Diaz melakukan lorongan bahaya dari byline.

Pada minit ke-75, Luis Diaz melakukan rembatan yang diselamatkan oleh Mendy.

Pada minit ke-78, Kai Havertz pula menyaksikan golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Minit ke-86, Edouard Mendy dipaksa bekerja keras dengan percubaan jarak dekat pemain Liverpool, yang akhirnya dikeluarkan N’golo Kante. Sekali lagi peluang keemasan dibazirkan dalam perlawanan ini.

Van Dijk melakukan tandukan deras yang memaksa Mendy melakukan save.

Pada masa kecederaan 90+4, Lukaku melakukan first time shot yang cantik di hadapan gol. Sekali lagi penjaga gol menafikan percubaan bahaya daripada penyerang.

Perlawanan masa penuh berakhir 0-0 dan akan berlanjutan ke masa ekstra.

Masa ekstra

Kai Havertz menggegar gawang sekali lagi untuk Chelsea, dan sekali lagi penjaga garisan membatalkan gol kerana ofsaid.

Ketika perlawanan menuju ke penentuan penalti, Thomas Tuchel memutuskan untuk memasukkan pakar penyelamat penalti, Kepa Arrizabalaga.

Dan perlawanan ditentukan dengan penentuan penalti.

Penentuan penalti

Milner dan Alonso menyempurnakan tugasan pertama untuk pasukan masing masing.

Fabinho melakukan penalti tenang dan masuk. Lukaku turut tidak melakukan kesilapan untuk tugasan kedua pasukan masing masing masing.

Virgil Van Dijk mara untuk tugasan ketiga Liverpool dan merembat deras lalu masuk walaupun berjaya dibaca Kepa. Kai Havertz turut berjaya membidik tepat penalti – 3-3 selepas 3 penalti pertama.

Trent Alexander Arnold melakukan rembatan deras yang tak mampu digapai Kepa. Reece James yang baru kembali dari kecederaan merembat masuk walaupun dibaca oleh Kelleher.

Mohamed Salah memastikan 5 penalti pertama Liverpool masuk. Pakar penalti Chelsea, Jorginho pula tampil dan seperti biasa, melakukan penalti tenang dan masuk. 5-5 selepas 5 sepakan.

Kini pertarungan masuk ke sudden death.

Diogo Jota berjaya menewaskan Kepa. Rudiger juga tiada masalah melakukan penalti berkualiti dan masuk.

Divock Origi dan Kante memastikan kedudukan 7-7.

Werner berjaya menyamakan penalti Robertson walaupun dibaca Kelleher.

Elliot da Thiago Silva juga masing masing berjaya mengatasi detik gemuruh dengan gol untuk kedudukan 9-9.

Konate dan Chalobah menjadikan kedudukan 10-10.

Kelleher berjaya menyempurnakan penalti ala striker. Namun Kepa yang dibawa masuk untuk menjadi wira penalti telah melambungkan bola.

Liverpool Juara dengan kemenangan 11-10 dalam penentuan penalti!