Video: Saksikan Kesemua Gol EPL Raul Jimenez Sang Poacher Moden, Setakat Inii

Raul Jimenez merupakan Poacher moden yang benar benar tahu cara melakukan tugas beliau di hadapan gol.

Raul Jimenez merupakan pemain penyerang yang sentiasa menimbulkan kegerunan di kalangan pemain lawan.

Beliau juga sudah dikira legenda di dalam pasukan Wolves. Ye ke? Kenapa?

Ini kerana Raul Jimenez sudah menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Wolves di dalam sejarah walaupun beliau hanya bermain untuk pasukan itu 18 bulan yang lalu.

Dalam masa kurang 2 tahun menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman? Menang gila kan?

Raul Jimenez menjadi pujaan penyokong di Molinuex kerana kualiti beliau. Selain daripada seorang team player yang berkualiti.

Kecemerlangan beliau sejak menyertai Wolves membuatkan namanya meningkat naik dengan sangat mendadak. Dan kredit juga kepada Nuno Espirito Santo dan rakan rakan sepasukan beliau di Wolves yang membantunya.

Dan musim ini, beliau telah menjadi pemain sasaran kelab besar termasuk Manchester United dan beberapa kelab lain lagi di Eropah.

Kualiti penyudah yang tenang dan tajam itu memang orang kata ice cold.

Penyerang Wolves ini sudah mencetak 10 gol dan 7 bantuan gol untuk Wolves setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Statistik ini mnjadikan Raul Jimenez telah terlibat dalam 17 gol liga perdana Inggeris untuk Wolves secara langsung – sama ada skor gol atau assist.

Saksikan sentuhan gol liga Jimenez setakat ini:

Mana satu gol yang anda suka?

Di dalam Liga Inggeris ketika ini, dalam musim ini, setakat ini, beliau merupakan permainan paling banyak penglibatan secara langsung dalam gol.

Wolves Menjadi salah sebuah pasukan yang digeruni di bawah kendalian Nuno Espirito Santo.

Wolves menjadi pasukan ketiga paling sedikit kalah berhadapan dengan pasukan 10 tangga teratas di dalam liga selepas Liverpool dan Manchester United.

Jelas sekali beliau sentiasa menjadi watak yang akan diberikan perhatian oleh lawannya walaupun apa sahaja status kelab yang ditentang.

Apabila bercakap tentang soal tipikal poacher pastinya mereka bukan pemain no.9 yang bergasak dengan lawan dalam box secara fizikal.

Mereka akan cuba mencari ruang di dalam kotak penalti. Sesuai dengan gelaran mereka fox in the box. Mereka hanya memerlukan ruang kecil dan situasi sangat cepat untuk mereka memberikan reaksi ke atas bola.

Penyudah mereka lebih semulajadi.

Seterusnya, Raul Jimenez juga memiliki kualiti kreativiti yang sangat baik. Berbeza dengan Poacher yang klasik. Di mana mereka hanya memfokuskan tugas mencari gol sahaja.

Poacher moden ni macam kira macam Aguero, Icardi la. Mereka sangat bagus dalam mencipta peluang. Mereka lebih complete berbanding dengan poacher klasik macam Inzaghi.

So, tak hairanlah pemain ini akan bermain di kelab lebih besar selepas ini.

Baca yang lain