VIDEO: Saksikan Penjajahan Dan Ketuanan Dyson Bersahabat Di Tengah vs City

Aksi Liverpool vs Manchester City dalam aksi ke-12 EPL menyaksikan The Reds menang 3-1.

Tiga gol Liverpool adalah menerusi Fabinho. Diikuti gol Mohamed Salah serta Sadio Mane.

Gol saguhati Manchester City adalah menerusi Bernardo Silva.

Kemenangan yang membuatkan Pep Guardiola meroyan seperti bini lari dari rumah.

Namun aksi yang menarik perhatian adalah gandingan trio Fabinho-Wijnaldum-Henderson di bahagian tengah.

Mereka telah menjadi nadi penting kepada Liverpool di tengah. Dinamik dan bertenaga adalah kunci kepada keupayaan mereka mengatasi kualiti Manchester City di tengah.

Aksi dominan di tengah telah membuatkan Manchester City sukar nak melalui bahagian tengah. Ini kerana style taktikal Guardiola memerlukan jajahan di tengah untuk menggerakkan bola ke semua arah.

Ini adalah rekod peta haba dicatatkan oleh trio tengah Liverpool pada malam itu. Lebih 120 sentuhan bola mereka lakukan.

Kau main futsal, nak dapat 10 kali touch pun payah sebab kawan tak nak passing.

 

Jadi mesti kau genggam penumbuk, tanya, mana so Dyson?

Dyson tu gelaran Klopp bagi Fabinho. Sebab dia ibarat vacuum yang menyedut segalanya di atas padang.

Takkan Klopp nak panggil sucker. Kang dituduh mencarut pulak.

Fabinho berkata: “Di kalangan kami pemain, mereka lebih panggil saya sebagai Flaco. Ianya nickname yang cool. Virgil yang mula panggil saya dengan nama tu.”

“Itu sebelum Coach panggil saya Dyson. Dan sekarang saya dan pemain lain kena biasakan diri dengan nama tu.

Fabinho cemerlang dengan melakukan 1 gol worldie dan mencatatkan 5 tackles serta 2 interceptions.

Sementara itu, Wijnaldum melakukan 97% hantaran tepat.

Kapten kesayangan saya yang amat saya kasihi. Jika saya ada RM10 sahaja dalam wallet dam Hendo minta RM15, saya akan berhutang RM5 lagi dan memberikan beliau wang itu tanpa perlu bayar.

Henderson melakukan satu Assist cantik di byline, yang membolehkan Sadio Mane mencapai hasrat beliau untuk dive.

Vincent Kompany dalam analisis beliau menyatakan, Hendo sentiasa ancaman dalam situasi seperti itu dan beliau hairan kenapa City tak alert akan ancaman Hendo.

Fuhhhhh. Rasa macam nak hutang member lebih dah ni bagi kat Hendo.

Jom kita lihat ketuanan trio tengah kita menjajah bahagian tengah padang tempoh hari. Orang putih cakap bossing the midfield.

Jangan lupa tinggalkan pujian dan pengkelikan iklan.

Amacam ok tak? Boleh la Daripada tak ada benda nak menyembang masa minggu antarabangsa ni.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.