[VIDEO] Saksikan ‘Screamer’ Park Tae Su Skor Dari Jarak 40 Meter Dalam Aksi Sabah vs PJ City Yang Terikat

Pemain Sabah asal Korea Selatan, Park Tae Su semalam telah melakukan gol roket luar biasa dalam aksi pembukaan kumpulan D, Piala Malaysia berdepan dengan PJ City.

Sabah yang bergelar pasukan pelawat turun dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Park Tae Su meletakkan pasukannay di hadapan dengan satu jaringan yang sangat cantik, menewaskan penjaga gol dari jarak kira kira 40 meter dari gawang gol.

Gol itu pastinya tercalon dalam kategori gol tercantik pada musim ini. Bukan setiap hari kita boleh melihat gol seperti itu dalam aksi saingan Piala Malaysia.

Park Tae Su tidak berfikir panjang dan mencuba dari jarak jauh tersebut, memberikan kejutan kepada penjaga gol. Bola tersebut sempat melantun dari bawah palang gol dan menerjah gawang.

Gol ajaib ataupun wonder goal itu terhasil pada minit ke-20 perlawanan, menyaksikan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al Hafiz kelemasan dan tidak berdaya. Pemain pemain Sabah kegirangan meraikan gol yang tidak disangka sangka itu.

Malang sekali gol itu tidak cukup untuk Sabah memenangi perlawanan ini. Kerana pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan lewat minit ke-79.

Seterusnya Sabah juga berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Robson Rendy yang menafikan peluang gol daripada Khyril Muhymeen pada awal perlawanan dan juga percubaan leret oleh Darren Lok.

Selain itu, Sabah juga gagal menyempurnakan peluang keemasan mereka pada minit ke-65, apabila Levy Madinda gagal menyempurnakan penalti.

Pada masa kecederaan sebelum wisel penamat Syahmi Zamri hampir sahaja memberikan gol kemenangan lewat buat PJ City tetapi gagal.

Akhirnya kedua dua pasukan berpuas hati dengan berkongsi mata daripada aksi yang sangat sukar dan sengit buat kedua dua mereka.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan, JDT berjaya menewaskan Kelantan dengan kemenangan 2-0.

Berikut adalah kedudukan kumpulan A selepas aksi pembukaan.

Dan saksikan sorotan perlawanan dan gol cantik dari jarak 40 meter Park Tae Su di sini:

Baca yang lain