Liverpool menerima satu lagi perkhabaran buruk apabila Mohamed Salah dilaporkan positif covid 19. Jurgen Klopp sebelum ini telah kehilangan Josep Gomez yang mengalami kecederaan di kem England dalam minggu antarabangsa.
Menerusi twitter Kevin Palmer, Salah dilaporkan akan dikuarantin dinegaranya sehingga tempoh tersebut tamat. Sebelum pemain ini diuji positif, dia dilihat menghadiri acara perkahwinan abangnya disana dan berjoget tanpa mengikut SOP penjarakan sosial yang ditetapkan oleh pakar perubatan seluruh dunia.
Video ini tidak terlalu menjadi perhatian pada 3 hari lepas tetapi selepas dia disahkan positif covid 19 ia menjadi satu topik yang mungkin menjadi penyebab jangkitan itu.
Reports in Egypt suggest Mo Salah will have to stay in isolation in the country until he gets a negative Covid-19 test. Egyptian FA have set up a room for him to quarantine in.
So he might not be back in Liverpool for a few weeks #LFC https://t.co/j4lbIITXuW
— Kevin Palmer (@RealKevinPalmer) November 13, 2020
Perkembangan terbaru itu bakal menyaksikan pemain Mesir itu bakal dikuarantin minima 10 hari dari terlibat dalam sebarang perlawanan. Salah berkemungkinan bakal terlepas 1 perlawanan pada 23 November ini ketika pasukannya bertemu Leicester City dan kembali dalam perlawanan Liga Juara menentang Atalanta 3 hari kemudiannya.
Salah menjadi nadi penting skuad Klopp apabila sudah menyumbang 10 gol secara keseluruhan dan 8 gol itu berlaku di Liga Perdana. 5 gol dijaringkan dalam 5 perlawanan terakhir ketika bertemu Aston Villa, Everton, West Ham United dan Manchester City. Salah juga menyumbang gol ketika bertemu Midtjylland dan Atalanta.
Bagaimanapun penyisihan salah untuk 1 perlawanan mungkin tidak memberi perubahan besar berbanding kehilangan pemain pertahanan. Diego Jota menjadi pilihan terbaik disamping prestasi pemain itu cukup memberansangkan melalui 7 gol yang dicatatkan olehnya setakat ini.
Situasi yang melihat Klopp mengenepikan sistem kebiasaanya pada minggu lepas apabila mahu menurunkan kesemua pemain serangannya serentak.