VIDEO: Salah Informasi Koronovirus, Uncle Ni Tanam Kesemua Ayam Jualannya

Dengan jumlah kes coronavirus yang semakin meningkat pesat di seluruh dunia pada hari ini. Manusia akan cuba mencari informasi terkini tentan wabak tersebut.

Namun bukan semua informasi tu yang korang boleh percaya bulat bulat. Ada informasi adalah tidak tepat, menipu, fake. Ianya membuatkan penerima maklumat seperti ini boleh bertindak dengan hilang pedoman.

Maka sila tapis dan buat semakan kedua, ketiga dan sebagainya untuk setiap maklumat yang korang dengar dan baca.

Mad The Internet GIF by MOODMAN - Find & Share on GIPHY

Baru baru ini India, penyebaran informasi tak tepat telah merebak secepat koronavirus. Dalam satu lagi babak panik yang tidak kena tempat, seorang petani di Karnataka telah menanam satu trak ayam peliharaannya hidup hidup.

Ayam ayam tersebut sebenarnya dia jual. Tetapi entah siapa berikan dia info bahawa ayam adalah penyebab kepada koronavirus.

Uncle tu dengan bangga menyatakan dia telah membantu untuk membasmi salah satu punca koronavirus. Alamak. Dia terbaca tentang artikel dari internet explorer tentang selsema burung kot.

Petani tersebut bernama Najeer Ahmed Makandar, telah membawa sekitar 6,000 ekor ayam, yang merupakan bekalan untuk satu bulan, ke dalam trak.

Dua kemudian menanam ayam ayam itu hidup hidup di dalam lubang besar di Nulsoor, Belagavi’s Gokak, beberapa hari lalu.

Bercakap kepada TOI, Najeer berkata, “Saya sekarang tiada pilihan deyy, saya telah menghabiskan hampir enam lakh [kira-kira RM35,000] untuk membiak ini ini ayam juga.”

Nazeer Makandar menyatakan dia sangat sedih dengan keputusan yang dia terpaksa ambil. Ini semua untuk mencegah koronavirus daripada merebak di kampungnya.

Pelik uncle ni. Yang kuncu kuncu ikut dia pun tengok je. Buang macam tu je duit RM35,000.00.

Dia berkata, di kampungnya ketika ini dah takut nak beli ayam kerana koronavirus. Sebelum koronavirus, seekor ayam dijual pada harga Rs50 hingga Rs70 (RM3-RM4) dan selepas panik, harga telah jatuh ke antara Rs5 hingga Rs10 (RM0.30-RM0.60).

Najeer berkata bahawa beliau tidak dapat menanggung kos penyelenggaraan penternakan ayam itu selepas kejatuhan harga.

Walaupun pegawai kesihatan telah berulang kali mengatakan bahawa coronavirus itu tersebar melalui pernafasan dan tersebar daripada manusia ke manusia lain, namun masih ramai orang di India yang tersilap informasi.

Informasi-informasi palsu ini sangat teruk di India ketika ini, terutama sekali di daerah yang jauh daripada bandar. Di mana ramai yang mulai takut untuk makan makanan yang ada daging haiwan.

Ini bukan kes pertama. Mungkin uncle ni diinspirasikan daripada satu kes di Bangarpet. Seorang lelaki telah menanam hidup hidup sekitar 9,500 ekor anak ayam.

Dalam kes ini juga, pemilik ladang bermana Satish menyebut bahawa, kerugian teruk dan kerisauan ke atas penyebaran koronavirus adalah sebab utama keputusan itu terpaksa diambil.