[VIDEO] Salah Jaringkan Gol Ke-100 Dengan Half Volley Merecik

Raja Mesir Mo Salah terus meneruskan aksi cemerlang beliau bersama Liverpool.

Dan pada hari ini Mohamed Salah secara rasminya menyertai kelab 100 gol terbaru Liverpool.

Gol itu hadir pada minit ke-72, ketika Salah menerima bola clearance lemah daripada Yerry Mina.

Mo Salah terus melakukan half volley yang kemas tepat ke gawang gol. Bola langsung tidak dapat dijangkau oleh Jordan Pickford.

Gol itu meletakkan Liverpool di hadapan 2-1 sebelum dibalas oleh tandukan Calvert Lewin.

Mohamed Salah menjaringkan 100 gol untuk Liverpool dalam 159 penampilan beliau bersama dengan The Reds.

Ini menjadikan beliau pemain ketiga terpantas dalam sejarah Liverpool untuk mencetak 110 gol. Hanya Roger Hunt (144 gol) dan Jack Parkinson (143) yang melakukannya dengan lebih pantas daripada beliau.

Penaja utama Mo Salah, Adidas terus memuat naik video khas buat duta produk mereka itu.

Perlawanan berakhir dengan 2-2. Dan Liverpool sekali lagi seri di Goodison Park dalam derbi ini.

Kontroversi VAR

Liverpool dikecewakan dengan kontroversi VAR pada akhir perlawanan.

Di mana gol kemenangan mereka ditarik balik kerana menurut VAR Sadio Mane adalah ofsaid.

Baca yang lain