VIDEO: Salah, Klopp Gaduh Tepi Padang Ketika Liverpool Diikat West Ham

Liverpool meneruskan rentak tidak cemerlang mereka pada April. Kali ini mereka diikat oleh West Ham di Stadium Olimpik.

Liverpool cuba menghidupkan kembali impian kejuaraan EPL mereka yang terganggu di Derbi Merseyside. Malangnya ianya terus diganggu gugat di West Ham.

Satu insiden yang menarik perhatian adalah perbalahan di tepi padang antara dua karakter paling penting pada era Klopp iaitu Mo Salah dan Klopp sendiri.

Mo Salah dilihat tidak berpuas hati dengan Klopp dan kedua duanya bertikam lidah.

Darwin Nunez kemudian menolak Mo Salah daripada melihat pemain itu terus meracau tepi padang.

Insiden itu berlaku ketika Klopp membuat pertukaran. Salah yang dimasukkan pada 10 minit terakhir kelihat memang dah lama tak berpuas hati.

Dia disisihkan ke bangku simpanan pada sepak mula. Telah menunjukkan muka tak puas hati. Ketika Klopp menagih khidmatnya untuk membantu pasukan mencari kemenangan, Salah pula terlibat dalam konfrontasi yang tak sepatutnya.

Liverpool gagal menang sekali lagi. Dan kini kekal 2 mata di belakang Arsenal yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan. Seterusnya Man City di atas Liverpool dengan kelebihan 1 mata. Namun City ada dua perlawanan dalam tangan.

Dalam aksi di Stadium Olimpik London, West Ham di hadapan minit ke-43 menerusi Bowen. Namun Andy Robertson menyamakan kedudukan minit ke-48.

Liverpool di hadapan hasil kesilapan Areola yang membuat jaringan sendiri. Namun West Ham mengikat Liverpool menerusi Antonio.

Aksi berkesudahan seri 2-2. Liverpool kelihatan sudah semakin tergelincir daripada persaingan kejuaraan EPL.

Perbalahan antara Salah dan Klopp juga akan menyaksikan bagaimana kedudukan pemain itu pada baki 3 perlawanan lagi untuk The Reds.

Adakah kedua duanya akan berdamai. Atau Klopp menggunakan kuasa pengurusnya untuk menyisihkan pemain itu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di