[VIDEO] Mane, Salah Hukum Dua Fatal Error Leipzig

Liverpool turun dalam aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah berdepan dengan RB Leipzig.

Skuad Jurgen Klopp dalam usaha melupakan krisis prestasi yang menyaksikan mereka tewas kesemua 3 perlawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris.

RB Leipzig pula dengan 4 kemenangan dalam semua 4 perlawanan terakhir mereka. Menjadikan pertemuan ini sangat menarik untuk disaksikan.

Oleh kerana varian pada wabak dari UK, yang menghalang Liverpool masuk ke Jerman, perlawanan ditukarkan ke Arena Puskas.

Liverpool dan Leipzig bermain dengan permainan sangat terbuka. RBL mendapat peluang awal menerusi tandukan bahaya Olmo yang terkena tiang.

Leipzig kemudian beberapa kali melakukan kesilapan dan cemerkap ketika bermain di blok rendah.

Pada separuh masa kedua mereka dihukum dua kali oleh Liverpool kerana kesilapan tidak boleh dimaafkan itu.

Berpunca daripada hantaran Kampl ke belakang yang sangat berisiko, Angelino pula tergelincir dan Salah dengan tenang menyudahkan peluang satu lawan satu.

Salah yang sudah menggerakkan  momentum dengan mudah memintas bola tersebut.

Salah terus meenjadi penjaring penting Liverpool. Di mana beliau hanya di belakang Lewandowski untuk gol dalam semua pertandingan setakat ini.

Tidak  lama selepas itu, Leipzig melakukan satu lagi kesilapan ngeri. Kali ini Mukiele melakukan kesilapan dan dihukum  oleh Sadio Mane.

Mukiele gagal mengeluarkan bola yang melayang atas kepalanya.

Defensive error seperti itu memang mengundang padah. Tidak ada apa yang boleh dilakukan Gulasci untuk menghalang Sadio Mane.

Mane meneruskan rekod cemerlangnya ke atas kelab Jerman di kalah mati. Dan kini sudah menjaringkan 20 gol di Eropah untuk Liverpool, menyamaai rekod Ian Rush dan hanya 2 gol di belakang Owen, 4 gol di belakang rakan sepasukannya Mohamed Salah.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil