[VIDEO] Sarri: “Kamu Ejek Muriqi Lagi, Aku Pastikan Kamu Semua Dihalau Keluar, Faham!”

Maurizio Sarri mempertahankan Vedat Muriqi daripada kritikan peminat semasa sesi latihan Lazio semalam.

Muriqi berdepan dengan kesukaran sejak menyertai Lazio dari Fenerbahce dan masih gagal menunjukkan aksi terbaiknya.

Peminat Lazio yang hadir dalam sesi latihan tersebut telah mengejek Muriqi dan memperlekehkannya.

Sarri yang kecewa dengan tindakan peminat Lazio itu telah menghentikan seketika sesi latihan dan pergi berhadapan sendiri dengan para peminat Lazio.

Sarri dengan tegas berkata: “Hentikannya, atau saya akan pastikan kamu semua berambus dari sini,” kata Sarri.

Para peminat mengiyakan apa yang dikatakan Sarri dan kemudian Sarri menambah:

“Kalau aku dengar lagi korang menyebut apa apa kata kata ejekan ke atas Muriqi, aku akan pastikan kamu semua dihalau keluar. Faham!”

Menurut Calciomercato.com, sekumpulan penyokong Lazio yang lain memuji jurulatih kerana mempertahankan penyerang yang gagal memenuhi harapan pada musim pertamanya di kelab.

Bagi mereka sesetengah penyokong Lazio telah merosakkan nama penyokong Lazio yang lain, yang sentiasa menyokong pemain mereka.

Muriqi, 27, berpindah ke Stadio Olimpico dalam kesepakatan €18.5 juta dari Fenerbache pada musim panas 2020 tetapi hanya menjaringkan satu gol dalam 27 penampilan bersama Biancocelesti di Serie A musim lalu.

Sarri, yang memenangi Liga Europa bersama Chelsea pada 2018, telah menggantikan Simone Inzaghi yang menyertai Inter Milan.

Sarri memang seorang yang tegas. Beliau tidak suka berkompromi untuk perkara yang salah seperti itu.

Sarri sebelum ini menguruskan Juventus. Namun digantikan oleh Andrea Pirlo. Selepas berehat seketika daripada pengurusan, beliau kembali ke Lazio.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan