[VIDEO] Savic Dan Torres Bergusti, Dua Dua Dapat Kad Merah

Ferran Torres dan Stefan Savic kedua-duanya dibuang padang selepas terlibat dalam pergelutan ala gusti WWE pada lewat dalam aksi Barcelona vs Atletico Madrid.

Barcelona menang tipis 1-0 ke atas Atletico Madrid. Dan pada akhir babak sebelum tamat menyaksikan Ferran Torres dan Stefan Savic saling bercakaran sesama mereka.

Ianya bermula, selepas perebutan bola, di mana kedua dua pemain itu meneruskan pertarungan mereka selepas itu.

Pengulas perlawanan hanya mampu menyatakan bahawa kedua dua pemain bergusti di tengah padang.

Penyerang Barca, Torres menarik rambut pemain pertahanan Atletico itu. Savic membalas dengan cuba menarik seluar Torres,  sebelum mereka dileraikan.

Insiden itu dikesan oleh pegawai dan pengadil memilih untuk melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain.

Insiden itu berlaku pada masa kecederaan pada separuh masa kedua perlawanan dan tidak memberi kesan kepada keputusan apabila Barca meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan separuh masa pertama Ousmane Dembele.

Kemenangan tipis yang meletakkan pasukan Xavi di hadapan tiga mata di puncak carta La Liga dalam usaha mereka merampas semula kejuaran La Liga daripada musuh tradisi Real Madrid.

Selepas ini Barcelona akan turun dalam aksi pertandingan piala Supercopa de Espana menentang Real Betis pada hari Khamis.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di