[VIDEO] Screamer Kemenangan Tak Masuk Akal Pogba Dengan Kaki Kiri Dari Luar Kotak Penalti

Paul Pogba sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlangnya musim ini. Kali ini Pogba menjaringkan gol kemenangan ke atas Fulham.

Sebelum ini Pogba menjadi penjaring gol kemenangan ke atas Burnley juga menerusi percubaan jarak jauh.

Man United diberikan tentangan sengit oleh Fulham dalam aksi di Craven Cottage. Di mana pasukan tuan rumah mendahului seawal minit kelima.

Namun United ternyata dalam mood dan tempo yang sangat baik. Mereka segera meningkatkan rentak permainan.

Edinson Cavani menyamakan kedudukan pada minit ke-21. Dan United mencipta beberapa lagi peluang yang baik dalam perlawanan ini.

Pada separuh masa kedua, Fulham dilihat cuba menghidu peluang untuk mendapatkan sesuatu daripada aksi ini.

Prestasi Ruben Loftus Cheek benar benar menggerunkan di tengah. Malangnya Fulham kerap melakukan perkara yang tidak sepatutnya di kotak penalti lawan.

Kemudian Pogba hadir dengan satu maneuver ringkas dan mencipta ruang untuk dirinya sendiri.

Tiada pemain Fulham merapati ataupun menutup ruang, ternyata ia bukan pilihan yang tepat. Anak muda dari Perancis itu membuka langkahnya dan melakukan lencongan cantik ke far post.

Bola misil itu menewaskan terus Areola yang sangat cemerlang sepanjang malam.

Saksikan sendiri bagaimana kejadian itu berlaku. Gol yang sudah pasti berada dalam senarai pencalonan untuk gol tercantik musim ini.

Gol tersebut dilakukan dengan kaki lemah. Bukan mudah mahu melakukannya dengan kaki lemah untuk gol lencong jarak jauh seperti itu.

Pogba ternyata dalam prestasi yang diidamkan oleh peminat United daripada beliau. Beliau membantu rakannya bertahan dan menyerang dengan baik sekali.

Lihat laporan heatmap Pogba di sini:

Pogba melakukan 21 hantaran di zon serangan. 9 kali memenangi semula bola dan melakukan 5 bentesan. Kerajinan Pogba itu sangat dihargai peminat United.

Dari segi kontribusi untuk serangan, Pogba melakukan 2 gelecekan sukses, 1 percubaan dan 1 gol. Sangat berkesan dan tajam bak samurai.

Salah satu perubahan ketara dalam permainan Pogba adalah urgency. Beliau berjaya membentuk gandingan yang lebih pantas dengan Fernandes di tengah. Berbeza dengan sebelum ini apabila Pogba kerap melakukan larian dan gerakan mahupun hantaran yang lambat.

Pogba sudah boleh merasa lega kerana tempat dalam kesebelasan utama sudah pastinya milik beliau pada ketika ini.

Pogba selepas tamat perlawanan berkata: “Kalau kamu tak shoot, kamu tak tahu apa yang bakal berlaku an an. Ianya gol cantik dan kemenangan yang indah.”

Apapun gol itu memang gila sekali. Boleh la kau layan beberapa kali hari ini.

 

 

Baca yang lain