[Video] Screamer Ronaldo Dengan Kaki Kiri, Dan Rekod Luar Biasa CR7

Cristiano Ronaldo telah membuktikan sekali lagi bahawa Liga Juara-Juara adalah pentas yang menjadi kegemarannya. Ini setelah menjaringkan 2 gol dan salah satu daripadanya menerusi screamer.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah UCL. Dan beliau kini menjadi penjaring terbanyak dalam peringkat kalah mati UCL dengan 67 gol di peringkat tersebut dalam kariernya.

Dengan pesaing beliau yang berada di tangga kedua dan ketiga iaitu Thomas Muller dan Lionel Messi secara terkumpul mencetak angka yang sama.

Juventus memasuki pusingan kedua peringkat 16 terakhir selepas mereka kalah 1-0 dalam perlawanan pertama kira kira 6 bulan yang lalu.

Pasukan Perancis mendahului malam dan agregat 2-0 menerusi penalti Memphis Depay.

Namun, pemain berusia 35 tahun itu membawa kedudukan seri pada babak kedua hasil rembatan deras roket kaki kiri yang terbukti terlalu sukar untuk dihalang oleh Anthony Lopes.

Ronaldo ternyata memiliki kekuatan kaki kiri yang luar biasa dengan rembatan seperti itu dari luar kotak penalti.

Ronaldo dibawa masuk untuk membantu Juventus menjuarai UCL. Walaupun ramai yang mengaggap ianya kelihatan satu kegagalan.

Sebenarnya tidak boleh menyalahkan Ronaldo, kerana beliau ternyata sudah menjaringkan gol yang banyak sejak tiba di Juventus.

Ronaldo memecahkan rekod 95 tahun Juventus dengan menjadi pemain pertama dalam tempoh tersebut untuk menjaringkan 36 gol dalam satu musim.

Lebih unik, sejak menandatangani Ronaldo, Juventus telah menjaringkan 7 gol di peringkat kalah mati. Dan kesemuanya adalah Ronaldo.

Ronaldo dilihat masih berusaha untuk membantu Juventus menjuarai UCL.

Walaupun sudah berusia namun Ronaldo ternyata masih memiliki kualiti dan kecergasan yang kompetitif untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.

https://twitter.com/i/status/1291832043039580166

Juventus tersingkir daripada pusingan 16 akhir dengan peraturan gol di tempat lawan.

Ini bermakna Juventus perlu menunggu lagi untuk mereka melunaskan impian mereka mahu menjuarai Liga Juara Juara Eropah.