[VIDEO] Sedekat Ini Rossi Dipisahkan Dengan Maut

Valentino Rossi telah menjadi topik hangat dalam MotoGP kali ini. Hal ini kerana pelumba veteran itu baru sahaja melalui detik yang hampir meragut nyawanya.

GP Austria yang diadakan di Red Bull Ring, Spielberg, Austria, hari ini dua kali mengibarkan bendera merah.

Dalam insiden di kelas premium MotoGP – bendera merah dinaikkan setelah kemalangan ngeri yang berlaku antara Franco Morbidelli dan Johann Zarco di sudut ketiga.

Malah, kejadian itu hampir mencederakan Valentino Rossi yang terpaksa melihat dua motosikal pelumba tersebut mengalami kemalangan terbang betul betul di depan matanya.

Ketika perlumbaan memasuki pusingan kelapan, kejadian berbahaya yang melibatkan dua pelumba, Franco Morbidelli dan Johann Zarco, memaksa perlumbaan dihentikan, di mana bendera merah dinaikkan dan pelumba harus menghentikan perlumbaan sebentar.

Dalam kejadian yang berlaku di pusingan kesembilan ini, Franco Morbidelli dan Johann Zarco bertembung dan mereka berdua, yang berkelajuan tinggi, jatuh dan terseret puluhan meter.

Malah motor kedua-dua pelumba itu hampir merempuh Valentino Rossi yang melintas.

Pelumba veteran Yamaha bernasib baik kerana kedua-dua motosikal itu hanya melintas di depan wajahnya dan tidak membuatnya jatuh juga.

Setelah semua penunggangnya kembali ke paddock, Franco Morbidelli terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans, sementara Zarco kembali ke paddock.

 

Kemalangan itu dianggap sangat ngeri kerana kelajuan motosikal mencapai 320kmj. Impak daripada kemalangan juga dahsyat.

https://twitter.com/i/status/1294973891857625088

Motosikal berpusing pusing dan melantun lantun dan melanggar tembok.

Ketika berada di paddock, Rossi kelihatan tidak sanggup melihat ulang tayang kemalangan itu.

Fox Sports mengeluarkan satu footage yang memaparkan detik cemas dan genting Valentino Rossi yang berada di tengah tengah insiden kemalangan ngeri itu.

The Doctor benar benar bernasib baik dapat mengelak dirinya daripada menemui ajal dengan impak sekuat itu di hadapannya.

Rossi menyaksikan dua motosikal yang terpelenting dan berpusing melaluinya dalam sekelip mata.

https://twitter.com/i/status/1294974934326812673

Lihat footage lebih dekat di sini:

The Doctor menamatkan saingan di tangga kelima. Beliau sudah melihat banyak kemalangan di litar sepanjang di kariernya. Namun yang kali ini benar benar membuatkannya tergamam.

Secara keseluruhan perlumbaan dimenangi oleh Andrea Dovizioso. Ini merupakan podium pertama beliau musim ini.

Agak ironi kemenangan  Dovizioso adalah sehari selepas Ducati memutuskan enggan menyambung kontraknya kerana menurut mereka  Dovizioso meminta gaji terlalu besar.

Namun Casey Stoner pula berpendapat, ianya bukan kerana gaji semata mata. Ianya lebih kepada isu dengan pelumba dan pengurusan yang selalu tak sehaluan.

Dovizioso antara orang yang lantang mengkritik dan kerap memberikan cadangan untuk penambahbaikan motosikal mereka. Namun Ducati kerapkali tidak mahu melayan rintihan daripada pelumba mereka.

Stoner kecewa dengan tindakan Ducati kerana Dovizioso telah banyak berjasa kepada mereka. Dovizioso pelumba yang membuatkan Ducati pernah menjadi pesaing kejuaraan pada 2017.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi