[VIDEO Sedih] Kone Terluka Hatinya Dipermainkan MFL, Pingat Tak Cukup?

Negeri Sembilan secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Premier 2021. Mereka berjaya mengenepikan cabaran daripada pasukan Sarawak pada hari terakhir liga.

Sudah tentulah ia merupakan hari yang paling menggembirakan semua yang terlibat terutama sekali para pemain.

Namun Cakap Sukan melaporkan bahawa, ketika penyampaian pingat ada pemain yang terkejut lalu merajuk kerana dipermainkan perasaan mereka.

Betul ke benda ni berlaku?

Anda sendiri bayangkan selepas mengharungi satu musim yang panjang dengan cabaran yang banyak sudah pastinya pemain berharap dapat abadikan detik indah malam penyampaian pingat.

Entah apalah salah pemain ini sehingga perasaan mereka dipermainkan sebegitu rupa.

Laman Facebook Rise Of Panther dan Cakap Sukan berkongsi detik di mana pemain import Negeri Sembilan, Kone, sangat kecewa sekali kerana tiada kalungan pingat di lehernya.

Di mana seorang rakan sepasukan Kone menyatakan pemain itu sedih sebab tak dapat pingat.

Menurut sumber daripada Cakap Sukan, hanya sebahagian pingat sahaja yang dibawa ke perlawanan melibatkan Negeri Sembilan. Manakala sebahagian lagi dibawa ke Larkin yang menjadi tempat aksi pasukan Sarawak.

Alasannya adalah kerana Sarawak masih ada peluang menjadi juara. Jadi jika pasukan Sarawak menjadi juara pada malam semalam juga situasi yang sama akan menimpa dan mungkin akan ada juga pemain mereka yang merajuk.

Lihatlah sendiri detik merajuknya pemain Negeri Sembilan ini sampai rakan rakannya dan Coach dia memujuknya untuk bergambar bersama. Benda tak kelakar kot bagi dia.

Sebenarnya benda macam ni tak patut berlaku. Misalnya di EPL, nak tak nak kena ambik contoh la liga lain, beberapa kali terjadi di mana kejuaraan Liga Perdana Inggeris ditentukan pada hari terakhir.

Premier League biasanya menyediakan beberapa set pingat untuk diberikan kepada pemain dan diletakkan di venue pertandingan. Cuma piala tu kalau ada dua pasukan bermain di venue yang masih boleh diakses dengan helikopter mereka tak akan sediakan piala replika.

Jadi usaha MFL meletakkan piala replika di Larkin tu dah ok dah. Cuma masalahnya kenapa pingat kurang? Kalau betullah seperti yang dikatakan.

Kalau ada dua venue yang sangat jauh, mereka akan sediakan piala sebenar di venue pasukan pendahulu kejuaraan dan replika di venue pencabar. Jika ada 4 pasukan pencabar mereka akan menyusun sebaiknya agar piala disampaikan pada hari itu. Kalau ianya hari terakhir.

Seterusnya untuk pingat, ini paling tiada masalah sama sekali. Set pingat boleh disediakan banyak.

Kerana ianya tak makan kos besar sangat pun. Sebab tu mereka pakai bagi je pingat kat staf pegawai atau pemain muda yang ada walaupun ada di antara mereka tak diiktiraf penerima pingat rasmi.

Namun kelab akan tetap memberikan pingat kepada pemain yang ada. Misalnya, pemain cuma beraksi 1 perlawanan, dan syarat 5 perlawanan, kebetulan dia ada pada perlawanan terakhir di bench, maka bagi je la. Cuma dalam daftar rasmi, dia tak dikira penerima rasmi. Sama juga dengan UCL dan sebagainya.

Benda ni MFL sendiri dah lama tahu. Mereka pengendali bola sepak Liga M. Yang diiktiraf ada tempat dalam slot ACL sekalipun.

Jadi kita tunggu penjelasan, betul ke pingat tak cukup punca pemain Negeri Sembilan ni merajuk?

Kalau betul, diharap pada masa akan datang benda macam ni tak berlaku. Malu kat orang.