Sekiranya suatu hari, perlumbaan kuda diharamkan di negara seperti England, AS, perlukah kuda ditangkap kerana ada kaitan dengan perjudian?
Sedangkan kuda kuda ini tak tahu apa apa pun pasal perjudian. Yang mereka tahu hanyalah berlumba nak menang.
Dan setakat ini, tiada kes lagi melibatkan haiwan ditangkap di England kerana perjudian. Manusia ramai.
Tetapi di Pakistan, manusia dan haiwan dilihat sama-sama melakukan kesalahan. Mereka dilayan sama rata.
Mungkin itulah sebabnya seekor keldai ditangkap bersama dengan lapan suspek lain atas tuduhan perjudian.
Kejadian pelik itu dilaporkan berlaku di bandar Rahim Yar Khan di wilayah Punjab Pakistan.
Polis dilaporkan merampas wang tunai Rs 120,000 (sekitar RM6,715) daripada suspek dalam serbuan mereka.
Tertuduh menggunakan wang itu dalam perlumbaan keldai.
Pegawai SHO mengatakan bahawa keldai itu ditangkap kerana turut berada dalam senarai pertuduhan seperti yang dinyatakan dalam Laporan Maklumat Pertama (FIR) bersama dengan lapan suspek lain, menurut Samaa TV.
Satu video yang menunjukkan keldai yang telah ditangkap bersama dengan tertuduh yang lain telah melakukan viral di media sosial.
Ia dikongsi oleh wartawan Pakistan, Naila Inayat dengan kapsyen, ‘Keldai ditangkap kerana penglibatannya perlumbaan perjudian di Rahim Yar Khan. Lapan manusia juga ditahan, dengan Rs120,000 dirampas”.
Donkey arrested for participating in a gambling racing in Rahim Yar Khan. Eight humans also rounded up, Rs 120,000 recovered. https://t.co/RIULiecduw pic.twitter.com/1FipntTR60
— Naila Inayat नायला इनायत (@nailainayat) June 7, 2020
Adakah tertuduh akan dihukum dan jika ya, bagaimana dengan keldai?
Walaupun seekor keldai di Pakistan menjadi terkenal kerana berjudi, namun tak semua keldai glamor dengan macam tu.
Seekor keldai terkenal kerana nyanyiannya pada tahun lalu.
Emily yang tinggal di pusat perlindungan haiwan di bandar Pune, telah menjadi sensasi internet tahun lalu setelah klip ‘nyanyiannya’ menjadi viral. Emily berkawan dengan kucing, anjing, lembu dan juga kerbau besar ketika di pusat perlindungan tersebut.