[VIDEO] Segalanya Serba Tak Kena Buat Maguire, Dapat Kad Merah Dalam Kekalahan England

Nampaknya permulaan musim ini terus sukar bagi kapten Man United, Harry Maguire. Pada pra musim lalu, beliau sempat merasai tidur lokap.

Kemudian disisihkan daripada tugasan kebangsaan ketika itu. Dalam liga pula Maguire mendapat kritikan hebat daripada peminat dan bekas pemain Man United.

Kini bintang United itu sekali lagi menjadi sasaran peminat England yang merasakan beliau adalah punca pasukan mereka tewas kepada Denmark.

Harry Maguire hanya 30 minit di atas padang. Maguire mendapat kad kuning pertama seawal minit ketujuh selepas kekasaran ke atas Yussuf Poulsen.

Pasukan Tiga Singa ternyata bergelut dengan prestasi mereka. Dan keadaan menjadi lebih buruh apabila Maguire melakukan bentesan untuk tactical foul ke atas Kasper Dolberg.

Ianya selepas Maguire melakukan sentuhan pertama yang teruk dan bola lari daripada kakinya.

Pengadil, Jesus Gil Manzano tidak ada pilihan lain selain daripada memberikan kad kuning kedua.

Maguire kini sangat tertekan dengan prestasinya di peringkat kelab dan kebangsaan.

Segalanya serba tak kena. Reaksi di wajahnya menceritakan segala galanya.

Dan tidak lama selepas itu, England ketinggalan. Denmark mendapat penalti selepas Kyle Walker melakukan kekasaran.

Bekas rakan sepasukan Walker, Christian Eriksen menyempurnakan penalti tersebut.

England tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut.  Reece James dilayangkan kad merah selepas wisel penamat.

Peminat dan pundit kecewa bercampur kesian dengan Harry Maguire.

Gary Lineker menganggap ketamadunan seakan akan serba serbi menentang Maguire. Lineker menganggap pemain itu dalam detik sangat sukar. Dan berharap pemain itu akan bangkit lebih kuat selepas ini.

McNulty menyatakan Maguire sudah tertekan sejak awal perlawanan kerana mendapat kad kuning terlalu awal.

Harry Maguire merupakan bek tengah termahal dunia. Jadi sudah pastinya tekanan di bahunya sangat tinggi, ditambah dengan reputasinya sebagai kapten Manchester United.

Sebelum ini Patrice Evra menyatakan United terlalu ‘miskin’ dengan kepimpinan sehingga mereka terpaksa melantik pemain yang baru semusim menyertai mereka untuk menjadi kapten.

Ia memberikan bebanan tersendiri kepada Harry Maguire.

Maguire menjadi pemain penting England dalam kempen Piala Dunia yang lalu. Di mana beliau merupakan salah seorang pemain yang sangat perform ketika itu.

Jamie Redknapp menyatakan Harry Maguire mungkin membawa tekanan daripada luar padang bersamanya di dalam padang.

Jamie Redknapp tak pasti kalau Maguire terpengaruh dengan tekanan daripada komen peminat di media sosial tentangnya.

Namun yang pasti ketika ini Maguire sangat jelas bermain di bawah tekanan dan hilang fokus dan fikirannya bercelaru.

Pengurus England, Gareth Southgate masih percaya Maguire adalah pemain yang berkualiti dan masih menjadi sebahagian penting daripada pasukannya.

Cuma ketika ini Maguire berada dalam tempoh yang segalanya serba tak kena.