[VIDEO] Sehari Selepas Ronaldo Buat Coca Cola Hilang RM16.5 Billion, Pogba Pula Alihkan Botol Heineken

Semalam Cristiano Ronaldo membuat tindakan agak kontroversi di mata penaja. Ini apabila beliau dengan sengaja mengenepikan botol Coca Cola dari atas mejanya dan mengajak orang ramai minum air kosong.

Gara gara tindakan Ronaldo, saham Coca Cola dilaporkan mengalami kerugian bernilai $4billion atau sekitar RM16.5billion menurut Marca. Hanya dengan tindakannya mengeluarkan 2 botol coca cola yang merupakan prop penaja.

Ronaldo terkenal dengan sikapnya yang cerewet dengan makanan dan minuman yang sihat sebagai seorang atlet.

Dalam sidang media sebelum aksi berdepan Hungary, Ronaldo dengan pengurusnya berada di atas podium untuk temuramah.

Sebaik sahaja duduk di situ, Ronaldo menunjukkan reaksi kurang senang melihat ada dua botol Coca Cola di hadapannya.

Tidak semena mena, pemenang Ballon d’Or 5 kali itu telah melakukan tindakan yang tidak dijangka oleh penganjur. Dia mengalihkan dua botol Coca Cola itu.

Sehingga ianya tidak kelihatan lagi dari frame kamera yang merakam Ronaldo.

Paling gila, Ronaldo menunjukkan reaksi dia menegah orang ramai meminum Coca Cola dan mengajak mereka meminum air kosong.

Selepas menolak dua prop itu ke tepi, Ronaldo mengangkat botol air mineral dan berkata: ‘Agua’ yang bermaksud air kosong dalam bahasa Portugis.

Ronaldo memang cerewet dalam soal pemakanan dan juga penjagaan fizikal serta kesihatan seorang atlet.

Oleh sebab itu beliau tidak selesa ketika ada dua botol Coca Cola di hadapannya.

Sehari selepas tindakan Ronaldo tersebut, Paul Pogba pula melakukan perkara yang serupa ke atas prop penaja.

Kali ini Paul Pogba menyingkirkan botol Heineken dari atas mejanya ketika sidang media selepas tamat perlawanan – di mana Perancis menang ke atas Jerman.

Paul Pogba merupakan pemain beragama Islam dan dia tidak minum minuman keras. Dari sudut kesihatan, memang beer juga bukannya perkara yang sihat untuk tubuh badan.

Pogba kelihatan hilang fokus dalam sidang media itu kerana ada botol minuman keras di hadapannya. Lalu jarinya mencapai botol tersebut dan meletakkannya di bawah meja agar hilang dari pandangan umum.

Mujur Pogba tidak menyingkirkan sekali 2 botol Coca Cola itu.

Ini merupakan satu wake up call untuk UEFA agar lebih cerewet dalam mencari tajaan. Produk seperti Coca Cola dan Heineken jelas sekali tidak bagus untuk mewakili atlet dan sukan.

Sebelum ini, peminat bola sepak di England kecewa dengan Cadbury yang dipilih sebagai penaja rasmi EPL. Kerana coklat adalah makanan yang sangat manis dan bergula tinggi, bagaimana ianya boleh dijadikan penaja rasmi.

Baca yang lain