[VIDEO] Sejarah Tercipta Di Bundesliga, Pengadil Hentikan ‘Match’ Untuk Pemain Buka Puasa

Augsburg berjaya menewaskan Mainz 05 dalam aksi Bundesliga di Augsburg Arena pada Rabu yang lalu.

Jeffrey Gouweleeuw memberikan Augsburg pendahuluan menerusi sepakan penalti pada minit ke-11.

Mainz menyamakan kedudukan 9 minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi Silvan Widmer.

Namun Augsburg kembali mendahului 2 minit selepas itu menerusi Ruben Vargas. Kemudian tiada tambahan gol dilakukan kedua dua pasukan untuk membolehkan Augsburg menang ke atas Mainz.

Satu peristiwa yang dianggap bersejarah berlaku pada separuh masa kedua.

Di mana pengadil menghentikan seketika perlawanan untuk memberikan laluan kepada pemain yang beragama Islam berbuka puasa.

Pemain Mainz, Moussa Niakhaté telah menggunakan kesempatan yang ada untuk berbuka puasa,

Sebelum ini memang ramai pemain yang berbuka puasa ketika aksi Bundesliga, termasuk Nuri Sahin. Namun ketika itu, ianya dilakukan tanpa rehat (break) khas daripada pengadil seperti mana water break yang dibuat sejak musim pandemik melanda.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah di mana pengadil menggunakan kuasa budi bicara yang ada pada mereka untuk menghentikan seketika permainan bagi pemain berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Pengadil, Jollenbeck telah menghentikan seketika aksi pada minit ke-65 untuk Niakhate berbuka puasa.

Niakhate meminum air. Dia dibantu oleh penjaga gol Mainz iaitu, Robin Zentner, Di mana penjaga gol tersebut membantunya memegang botol air. Ada dua botol air yang dipegangnya. Botol air kosong dan satu lagi adalah botol air khas yang dibekalkan pakar nutrisi kepada pemain Niakhate sesuai dengan tuntutan fizikalnya selaku pemain berpuasa.

Selepas berbuka puasa ringkas di atas padang, Niakhate mengucapkan terima kasih kepada pengadil dengan bersalaman dengannya.

Saksikan momen tersebut di sini:

Detik itu mendapat reaksi positif daripada ramai peminat bola sepak. Mereka menyatakan bahawa detik itu sebagai indah, di mana setiap orang saling hormat menghormati. Menggambarkan bahawa dunia ini lebih baik dengan paparan yang ditunjukkan oleh pemain pemain kedua pasukan yang memberikan laluan kepada pemain beragama Islam berpuasa.

Begitu jugas tindakan pengadil dan Zentner yang membantu Niakhate juga mendapat pujian. Salah seorang netizen berkata, dia akan sentiasa berbesar hati untuk membantu rakan rakan muslimnya berbuka puasa seperti mana dilakukan Zentner – jika diperlukan.

Ada juga menegaskan bahawa, tak rugi mana pun berbuat kebaikan seperti itu, memberikan ruang kepada pemain yang berpuasa untuk berbuka puasa. Ianya dilakukan dalam masa kurang seminit.

Dalam aksi berikutnya di antara RB Leipzig dan Hoffenheim, pengadil Bastian Dankert membenarkan Mohamed Siamakan untuk berbuka puasa.

Lutz Michael Fröhlich, Pengarah Besar Komunikasi untuk Jawatankuasa Pengadil Jerman berkata pada Isnin:

“Ini bukan arahan khas kepada pengadil kami, namun kami sepenuhnya menyokong tindakan pengadil kami yang memberikan ruang untuk pemain berbuat demikian [berbuka puasa] pada bulan Ramadan atas permintaan penmain.”

Di Liga Perdana Inggeris sebelum ini BBC melaporkan bahawa, persatuan kapten kelab sudah bersetuju untuk memaklumkan pengadil jika ada pemain mereka yang perlu berbuka puasa, jika waktu berbuka itu berlaku ketika aksi sedang berlangsung.

Kapten akan memaklumkan kepada pengadil sebelum sepak mula. Dan jika pemain itu adalah pemain gantian yang masuk di tengah perlawanan sedang berlangsung, kapten juga akan cuba berkomunikasi dengan pengadil bahawa pemain tersebut adalah pemain yang perlu berbuka puasa.

Bagaimana EPL Mengendalikan Pemain Berpuasa

Barangkali korang akan melihat sedikit perubahan dalam beberapa pertandingan Liga Perdana Inggeris sepanjang bulan ramadan ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang menandak bulan Ibadat Puasa untuk penganut agama Islam di seluruh dunia. Ibadat puasa di England pada Ramadan ini akan bermula sekitar pukul 04:00 dan 05:00 dan berakhir antara pukul 19:30 dan 20:30.

Ini bermaksud daripada 52 pertandingan Liga Perdana Inggeris yang dijdualkan berlangsung pada bulan Ramadan, ada sembilan perlawanan malam yang berlangsung pada waktu berbuka puasa.

Musim lalu, dalam pertandingan antara Leicester City dan Crystal Palace di Stadium King Power, ada sedikit masa untuk memungkinkan bek Leicester Wesley Fofana dan pemain tengah Palace Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Pemain Leicester Wesley Fofana berbuka puasa ketika menentang Southampton musim lalu dengan makan pisang ketika masih dalam perlawanan. Rakan rakan dan pemain lawan menghormatinya.

Ketika bulan Ramadan, Umat Islam akan memperbanyakkan lagi ibadat solat, amal ibadah, membaca Al-Qur’an bagi meningkatkan ketakwaan mereka.

Namun bagi pemain bola sepak profesional terutama di Eropah, terdapat cabaran yang mereka hadapi.

Musim lalu, ada kesepakatan tidak bertulis / gentleman agreement antara para kapten untuk memungkinkan rehat singkat seperti water break ketika masuk waktu berbuka puasa. Di mana ada pemain yang akan menghentikan permainan ketika bola keluar ataupun sebagainya. Ini untuk membolehkan pemain yang beragama Islam untuk berbuka puasa.

Musim ini, meskipun belum ada panduan rasmi yang diberikan kepada pasukan EPL. Namun BBC melaporkan bahawa persatuan kapten kelab kelab di EPL setuju untuk menghentikan seketika permainan apabila masuk waktu berbuka puasa, jika ada pemain yang berpuasa beraksi di atas padang.

Kapten akan berbincang sesama mereka dan memberitahu pegawai keempat perlawanan tentang pemain yang akan berbuka puasa pada waktu tertentu. Namun ianya bukanlah prosedur rasmi. Lebih kepada toleransi dan tolak ansur.

Setelah matahari terbenam, itulah masa di mana pemain yang berpuasa untuk pergi ke pinggir padang dan segera meminum air atau suplemen energi apa pun sebelum melanjutkan lagi permainan.

Paling menarik, pada musim ini ahli anggota Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) telah mengikuti taklimat khas daripada Nujum Sports pada hari Jumaat minggu lalu tentang puasa. Dan bagaimana seorang pemain bola sepak itu membuka puasanya ketika di atas padang.

Muslim Chaplains in Sport turut membuat risalah informasi Ramadan yang disokong dan diedarkan oleh Liga Perdana Inggeris.

Seterusnya, MCS turut menjelaskan bahawa bukan semua pemain akan berpuasa pada hari puasa, kerana ada sesetengah pemain tidak boleh berpuasa atas tuntutan perubatan pemain profesional. Namun mereka akan menggantikannya kelak. Ini untuk mengelakkan ada penyokong yang memandang serong kepada pemain beragama Islam yang tidak berpuasa atas sebab yang tertentu.

Muslim Chaplains in Sport (MCS) dibentuk pada tahun 2014 dan merupakan satu-satunya organisasi Muslim yang didukung dan dibiayai secara rasmi oleh Liga Perdana Inggeris dan EFL.

Mereka bekerja di dalam semua 92 kelab sepak bola profesional di Liga utama Inggeris untuk memberikan ceramah dan seminar pendidikan tentang agama Islam.

Mereka turut memberikan bimbingan kepada kelab kelab yang meminta bimbingan dan panduan tentang apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam. Contoh paling penting pastinya puasa. Termasuk latihan ketika puasa dan juga pemakanan.

“Meskipun dalam Islam tidak ada aturan untuk atlet, kami memberikan saranan dan nasihat tentang bagaimana mereka dapat mempertahankan puasa mereka dan mendiskusikan apakah mereka memenuhi syarat untuk menunda puasa mereka? Seperti ketika mereka merantau [away day] ke tempat yang sangat jauh ataupun sakit,” kata Pengarah Pelaksana MCS Ismail Bhamji kepada BBC Sport.

“Pemain sepak bola Muslim berasal dari berbagai latar belakang dan kita harus menemukan solusi yang efektif supaya semua orang mampu menjalankan rutin sukan dan ibadat dengan keyakinan mereka.”

“Satu kelab Liga Perdana Inggeris meminta saya untuk berbincang dengan seorang pemain Muslim untuk menunda puasanya selama Bulan Ramadan kali ini.”

“Secara hukum Islam, selepas menilai, saya mendapati pemain itu tidak memenuhi syarat menunda puasanya kerana kondisi tertentu yang disebutkan harus dipenuhi dan saya harus terbuka dan jujur dengan mereka tentang kenyataan yang tegas.”

Liverpool dan Man City asas penting

MCS juga menyatakan bahawa mereka paling rapat bekerjasama dengan dua kelab besar di England iaitu, Manchester City dan Liverpool. Dua kelab tersebut dianggap asas penting dalam usaha MCS memperkasakan lagi usaha mereka di dalam komuniti Liga Inggeris.

Bhamji sempat mengisi slot perbincangan Ramadan di Kampus Etihad pada hari Rabu. Dalam slot tersebut, dia dengan terbuka memuji pendekatan 2 kelab tersebut dalam meraikan kepelbagaian latar dan memperluas pengetahuan mereka tentang hal-hal agama pemain lain yang beragama Islam.

Jadi kelab kelab lain boleh merujuk kepada dua kelab tersebut dalam usaha mereka mengendalikan pemain pemain beragama Islam termasuk ketika berpuasa.

Manchester City merupakan kelab yang dimiliki saudagar Arab. Manakala Liverpool dalam beberapa tahun ini sudah mempraktikkan tolak ansur yang luar biasa kepada pemain Muslim.

Klopp malah menyatakan bahawa mereka akan bertolak lebih awal ke stadium pada hari perlawanan untuk membolehkan pemain pemain beragama menunaikan ibadat mereka termasuk solat.

Klopp juga menyatakan, dia tidak melarang pemain beragama Islam berpuasa kerana mereka sentiasa dalam kondisi yang hebat walaupun berpuasa.

Manchester City turut melakukan perkara yang sama di kelab mereka. Memberikan toleransi kepada pemain pemain yang beragama Islam.

Bhamji berkata:  “City dan Liverpool melakukan yang terbaik dan saya melihat asas yang kukuh diletakkan di kedua dua kelab tersebut [untuk kegunaan di masa akan datang].”

“Mereka memiliki orang yang tepat dengan mentaliti dan visi yang tepat untuk membantu kelab, dari akademi dan seterusnya sampai ke pasukan utama.”

“[Pengurus] Pep Guardiola dan Jurgen Klopp menonjol karena mereka progresif dan berfikiran maju jadi saya telah melihat kebaikan yang dilakukan di kelab selama beberapa musim.”

Bek Wolverhampton Wanderers Rayan Ait-Nouri dan penjaga gawang Everton Asmir Begovic menerima antara yang menerima parsel Ramadan, sementara pengurus Derby County Wayne Rooney mengagihkan kepada para pemain akademi kelab  tersebut parcel khas itu.

Nujum Sports, yang menyediakan Piagam Atlet Muslim dalam usaha mereka mewujudkan yang mampu memberikan perubahan positif. Merreka turut menagihkan parsel Ramadhan kepada 270 olahragawam dam olahragawati beragama Islam, termasuk kepada sekitar 180 pemain bola sepak di Liga Inggeris yang beragama Islam.

Kotak tersebut berisi kurma, air Zam Zam, sejadah, dan parfum.

Nujum mengatakan rasanya “istimewa” dapat mewakili komuniti Muslim dalam olahraga dan organisasi ini bekerja keras untuk “membantu” atlet dengan menyokong mereka.

Organisasi amal anti-diskriminasi Kick It Out, Troy Townsend, mengatakan: “Nujum telah bekerja sangat baik untuk meningkatkan kesedaran tentang komuniti Muslim, untuk memahami agama mereka dan apa yang mereka lalui sepanjang bulan Ramadan.”

“Saya boleh melihat kekuatan dalam apa yang Nujum cuba capai dan bagaimana kami boleh bekerja sama. Ada ramai pemain yang merupakan seorang Muslim yang namun tidak diketahui umum.”

Rujukan: BBC

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil