Eden Hazard sebelum ini dilaporkan membuatkan Zinedine Zidane kecewa kerana kembali semula ke kem pra musim dengan berat badan berlebihan.
Berita itu turut sampai ke Florentino Perez yang turut merasa kecewa dengan Eden Hazard.
Bukan itu sahaja, para peminat Real Madrid juga bengang dengan Eden Hazard yang gemuk.
Lalu Hazard telah memuat naik video beliau berlatih dan bersenam di gimnasium untuk mengurangkan kegemukannya.
Bos Real Madrid yang marah meramalkan pemain berusia 29 tahun itu memerlukan “dua hingga tiga minggu” untuk mengembalikan diri ke bentuk badan unggulnya.
Eden Hazard dirakam sedang melakukan beberapa siri sit up dan tekan tubi di gimnasium.
Eden Hazard melakukan latihan intensif dan agak berat muatannya [load].
Rakaman baru menunjukkan bekas bintang Chelsea itu turut berada di gim dengan rakan sepasukannya di Valdebebas, bersama Gareth Bale, Marco Asensio, Lucas Vazquez dan Mariano Diaz.
Skuad Real Madrid yang lain pula sudah berlatih latihan taktikal di luar padang.
Ini adalah kali kedua Hazard kembali ke latihan pra-musim dalam kondisi fizikal tidak cun. Musim lalu dia turut kembali dalam keadaan cedera selain daripada kegemukan.
Training | Hazard pic.twitter.com/kqLi2YJGxx
— Real Madrid Info ³⁴ (@RMadridInfo) September 12, 2020
Adakah Hazard akan dapat kembali ke shape terbaiknya secepat mungkin? Seperti mana dia sering lakukan di Chelsea?
Perkembangan berkaitan:
Zidane Geleng Kepala Hazard Overweight Sekali Lagi, Arahkan Dia Sertai Latihan Khas
Musim debut Eden Hazard di Real Madrid sangat mengecewakan.
Pemain antarabangsa Belgium itu diletakkan harapan sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo.
Namun hanya menjaringkan satu gol dan hanya bermain dalam 16 perlawanan liga setelah menyertai gergasi Sepanyol itu dalam perjanjian keseluruhan mencecah €160 juta.
Kecederaan paha semasa latihan telah melambatkan debutnya dalam aksi kompetitif.
Ketika Hazard kembali beraksi, Hazard bukanlah pemain yang sama ketika dia dianggap salah seorang pemain terbai dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan Chelsea.
Lebih mengecewakan pasukan perubatan Real Madrid menerima Hazard dengan berat badan berlebihan ketika melapor diri.
Mungkin kali ini berat badan Hazard tidak terlalu berat seperti musim lepas, namun kenaikan itu tetap berlaku.
Ini adalah kondisi fizikal Hazard ketika melapor diri untuk Belgium. Nampak ok je kan? Namun sebenarnya dia ada lebihan berat yang tak perlu.
Musim lalu, Hazard naik berat badan sehinggakan ada lebih 7kg daripada berat badan unggul beliau.
.@diegotorresro reports Eden Hazard has started Real Madrid’s preseason being 7kg overweight, and he hasn’t even lost half of it yet. pic.twitter.com/i27pqewxqy
— Alex Truica (@AlexTruica) July 29, 2019
Beberapa bulan kemudian, Hazard sendiri mengakui dia terlebih berat sebanyak lima kilogram daripada yang sepatutnya ketika dia mendaftar untuk Real.
Oleh itu pasukan kecergasan Real Madrid dilaporkan memantau secara rapi dan lebih peribadi ke atas Hazard.
“Itu benar,” kata Hazard kepada L’Equipe.
“Saya tidak akan menyembunyikannya, tetapi ketika saya bercuti, saya menang akan bercuti.”
“Saya telah membawa lebih lima kilo, saya adalah jenis yang naik berat dengan cepat dan hilang berat badan dengan cepat jika saya benar benar berusaha mengurangkannya.”
“Ketika saya berusia 18 tahun, di Lille, saya berat 72 atau 73 kg. Jisim otot adalah 75kg, pada hari yang paling teruk, berat saya mencecah 77kg. Saya berat 80kg pada musim panas ini, dan saya menghilangkan berat itu dalam 10 hari.”
Hazard di Chelsea seringkali bermain dengan berat badannya ketika pra musim dan dia tiada masalah untuk mendapatkan ‘shape’ terbaik ketika musim bermula.
Namun musim lalu di Real Madrid, Hazard bermasalah untuk menurunkan berat badannya dengan segera.
Setelah mengakui bahawa dia tidak dalam keadaan baik ketika musim pertama bergabung dengan Real Madrid, para peminat pastinya akan mengharapkan Hazard untuk tidak mengambil risiko berkaitan dengan pemakanan dan senamannya untuk memastikan dia cergas pada awal musim baru.
Para peminat Real Madrid mahu melihat Hazard dalam kondisi fizikal terbaik.
Tetapi menurut laporan di Sepanyol, pada pra musim kali ini, Hazard kembali semual dengan kegemukan berlebihan.
Pemain berusia 29 tahun itu dikatakan membuatkan Zinedine Zidane kecewa dengan keadaannya.
Edu Aguirre: "Hazard's problem is that he eats badly." 😂 pic.twitter.com/pVLdlrjeVT
— M•A•J (@Ultra_Suristic) September 11, 2020
Sport menambah bahawa Hazard memerlukan dua atau tiga minggu untuk mencapai tahap kecergasan yang sama dengan rakan sepasukannya yang lain.
Hazard tidak bermain satu minit pun untuk Belgium dalam pertandingan Liga Negara Eropah baru-baru ini, dengan Roberto Martinez mengesahkan bahawa dia “tidak cukup cergas” untuk bermain dalam kedua-dua perlawanan.
Ia menimbulkan banyak pertanyaan di Real Madrid mengapa Hazard tidak tinggal kekal sahaja di Madrid untuk memperbaiki kecergasannya.
Ada juga yang menyatakan bahawa, Real Madrid pastinya yakin pemain itu cukup cergas untuk tugasan kebangsaan. Dan berat badan itu membuatkan Wales risau untuk mengambil risiko.
Sport menyatakan: “Ini menyebabkan ramai yang percaya Hazard tidak menunjukkan komitmen yang diperlukan untuk mengubah keadaannya di Madrid.”
Zidange juga dikatakan sudah mengarahkan Hazard untuk bekerjasama dengan jurulatih kecergasan Gregory Dupont untuk membantunya mempersiapkan diri bagi musim baru.
Ketika lockdown, Hazard pernah mengakui dia sukar untuk mengawal tabiat pemakannannya. Di mana dia kerap ke dapur. Lalu Hazard memotivasikan dirinya untuk makan roti sahaja.
Eden Hazard can't stop eating.
— Goal News (@GoalNews) April 12, 2020
Hazard ketika itu berkata: “Ianya amat sukar buat saya. Saya dah cuba untuk tak makan banya. Saya cuba kawal diri untuk tidak pergi ke pantri, namun ianya sukar.”