[VIDEO] Selepas Braithwaite, De Jong Pula Dimaki Sekumpulan Peminat Barcelona

Frenkie de Jong telah menjadi nama yang paling banyak dibincangkan dalam jendela perpindahan musim panas di Eropah musim ini.

De Jong dari awal jendela perpindahan lagi, nama De Jong telah menjadi tajuk utama akhbar dan portal suka,

Kini, jelas sekali, pendahulu untuk mendapatkan tandatangan De Jong, seolah-olah sentiasa Manchester United kerana Erik ten Hag dahagakan kerjasama semula dengan bekas bintang Ajaxnya itu. Yang dirasakan akan menamatkan masalah kelab itu di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Chelsea juga telah disebut sebagai pilihan yang berpotensi untuk mendapatkan De Jong. Di mana ada beberapa laporan yang mendakwa bahawa De Jong lebih berminat ke Chelsea jika dia terpaksa berpindah. Ini kerana Chelsea bermain di UCL berbanding United yang hanya bermain di UEL.

Blaugrana sedang dilanda masalah kewangan pada masa ini yang menyebabkan proses pendaftaran pemain musim panas seperti Robert Lewandowski dan Raphinha amat sukar.

Dan sementara Joan Laporta terus berusaha mengaktifkan ‘tuas ekonomi’ di Camp Nou, namun kelab itu masih perlu menjual beberapa pemain untuk mengurangkan tekanan kewangan mereka.

Pemain seperti Martin Braithwaite dan Samuel Umtiti telah disebut-sebut sebagai pemain yang berpotensi untuk pergi. Selain itu, Barca juga benar benar berharap De Jong terbuka untuk menerima perpindahan ke Manchester United. Di mana dia akan membantu menyelesaikan masalah pendaftaran pemain mereka.

Hal ini kerana De Jong merupakan salah seorang pemain dengan pendapatan tertinggi kelab – yang benar-benar boleh memberi mereka ruang bernafas. Selain itu Man United sedia membayar EUR85 juta seperti mana yang mereka bayar kepada Ajax dahulu.

Lebih menarik lagi, Man United juga sedia membayar pakej tunggakan gaji De Jong sekitar €17 juta. Hal ini kerana salah satu alasan De Jong tak mahu pergi adalah dia mahu tunggakan gajinya dibayar dahulu.

Walaupun segala tawaran sudah dibuat dan mampu menyamai kehendak De Jong, pemain itu masih berkeras tidak mahu ke Old Trafford. Dia berpaut teguh pada Barcelona yang mahu menjualnya.

Situasi De Jong menjadi lebih rumit apabila pemain itu turut menolak pengurangan gaji. Baru baru ini Pique sudah menerima pengurangan gaji. Ini kali kedua Pique menerima pengurangan gaji. Sebelum ini dia menerima pengurangan gaji untuk membolehkan kelab mendaftarkan Memphis Depay dan Eric Garcia.

Sementara Busquets pula menerima pengurangan gaji untuk membolehkan kelab mendaftarkan Sergio Aguero.

De Jong sudah diberitahu, jika dia mahu terus kekal dia harus menerima pemotongan gaji. Selain itu Barcelona dalam proses untuk membatalkan kontrak semasa De Jong yang ditandatangani pada 2020. Mereka mahu reverse balik kepada kontrak 2019.

Walaupun ramai yang memahami kenapa De Jong simpati dengan situasi De Jong. Namun tak semua mereka simpati sekarang ini. Semakin ramai peminat Barcelona menyampah dengan De Jong.

Pada minggu yang sama di mana Braithwaite diejek oleh peminat Barca di Trofi Joan Gamper kerana masih kekal di kelab itu. Braithwaite dilaporkan tidak mahu berpindah selagi gajinya masih tertunggak. Peminat Barca memaki hamun dan menunjukkan jari tengah kepada pemain itu.

Mereka menuduh Braithwaite sebagai tak berguna dan menyusahkan kelab. Ada tawaran baik untuk dia tetapi dia tak nak terima kerana mahu terus kekal di Barcelona sehingga gajinya dilangsaikan.

De Jong kemudian menjadi sasaran kedua peminat Barca. Di mana sekumpulan peminat Barca berkumpul di hadapan kompleks latihan kelab. Mereka kemudian mencarut kepada De Jong sambil meminta pemain itu menerima pemotongan gaji.

Mereka menjerit: “Kurangkan gaji kau tu pan***”

Walaubagaimanapun, ramai juga peminat Barcelona mengkritik tindakan peminat yang mengecam De Jong dan Braithwaite itu kerana menurut mereka ianya memalukan. Dan tidak mewakili suara peminat Barcelona secara keseluruhannya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan