[VIDEO] Selepas Buat Miss Ala FIFA 21, Lewandowski Anggap Itu Bukti Poland Tersingkir Sebab ‘Suwey’

Robert Lewandowski merupakan salah seorang penyerang terbaik dalam generasinya. Namun dia tetap seorang manusia biasa yang kadangkala melakukan kesilapan yang tidak dijangka.

Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan antara Poland dan Sweden, Lewandwoski melakukan double miss yang mirip miss dalam permainan video FIFA 21.

Pemain yang baru sahaja memecahkan rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lalu itu melakukan dua tandukan bebas dan kedua duanya terkena palang.

Jika masuk sudah pastinya Lewandowski mencatatkan hatrik dalam perlawanan ini. Di mana beliau sendiri menjaringkan 2 gol.

Poland tewas 2-3 di tangan Sweden, dalam satu aksi menarik dan penuh debaran. Dengan kekalahan ini, Poland sekaligus menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan E dan terpaksa pulang awal.

Sweden mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menamatkan saingan selaku juara kumpulan E mengatasi Sepanyol.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Lewandowski berkata:

“Hakikatnya, ini adalah Euro terbaik saya secara peribadi kerana saya menjaringkan 3 gol, namun ianya tidak membuatkan hati saya senang sama sekali [kerana pasukan Poland tersingkir].”

“Saya sanggup menukarkan kesemua 3 gol ini untuk kelayakan ke pusingan kalah mati. Saya berpendapat, pasukan ini berhak mendapat lebih baik, mungkin bukan tepukan kerana kami sudah tersingkir. Tetapi kami hadir di sini memberikan segalanya dan pulangannya sangat kecil.”

Lewandowski kemudian berpendapat bahawa Poland adalah pasukan paling suwey dalam pertandingan kali ini selepas terlepas banyak sekali peluang gol.

Berbeza dengan lawan mereka, yang mendapat peluang sukar / half chance, tetapi mereka masih mampu menjaringkan gol.

“Kami adalah pasukan yang tidak bernasib baik dalam pertandingan ini. Kami ada banyak peluang untuk skor tapi tak menyempurnakannya. Dan seteru kami ada separuh peluang / half chance dan mereka terus skor.”

“Saya sendiri, gagal sempurnakan 2 tandukan yang terkena palang.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di