[VIDEO] Selepas Hansamu, Giliran Witan Sulaiman Hasilkan β€˜Miss’ Gawang Terbuka

Pemain Indonesia kini bersaing untuk menghasilkan miss of the year sebelum penutup tahun ini.

Beberapa hari lalu, Hansamu Yama Pranata melakukan miss yang dianggap, miss tak masuk akal dari keadaan gawang terbuka ketika aksi antara Indonesia menentang Brunei.

Hari ini dalam aksi antara Indonesia dan Thailand, giliran Witan Sulaiman pula melakukan 1 lagi miss dalam keadaan gawang terbuka.

Tidak dapat dipastikan, apa yang berlegar di kepala Witan Sulaiman. Dia sudah melakukan kerja pressuring yang sangat baik ke atas penjaga gol Thailand yang cuba bermain main dengan bola.

Witan Sulaiman memenangi bola itu dan kemudian menolak lemah dan tak masuk. Insiden itu berlaku pada minit ke-39, ketika kedua dua pasukan masih terikat tanpa jaringan.

Saksikan:

Pengulas perlawanan sendiri tidak percaya dengan apa yang disaksikannya. Witan kemudian tersungkur malu dan memegang kepalanya kerana dia sedar dia baru sahaja melakukan perkara yang akan diingati peminat buat masa yang lama.

Aksi tumpuan kumpulan A antara Indonesia bagaimanapun berakhir dengan keputusan 1-1.

Marc Klok meletakkan Indonesia di hadapan menerusi jaringan dari titik penalti pada minit ke-50.

Thailand kemudian dikurangkan kepada 10 pemain selepas Sanrawat Dechmitr dibuang pada minit ke-62.

Indonesia gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain itu untuk memenangi perlawanan apabila Sarach Yooyen menyamakan kedudukan minit ke-79.

Keputusan ini bermakna, Thailand dan Indonesia terikat 7 mata selepas 3 perlawanan. Thailand di atas dengan kelebihan perbezaan jaringan +9 berbanding Indonesia yang +8.

Jika Witan Sulaiman menjaringkan gol daripada peluang terhidang yang dia dapat, Indonesia mungkin boleh memenangi perlawanan ini kan?

Apapun, di media sosial, peminat peminat Indonesia mulai mahukan jawapan, kenapa pemain pemain mereka perlu bersaing untuk mencipta miss yang teruk depan gol.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan