[VIDEO] Selepas Insiden Dengan Haaland, Bounou Skor Saat Akhir Untuk Selamatkan Pasukannya Dari Kalah

Jika minggu lalu, Yassine Bounou menjadi perhatian kerana provokasinya ke atas Haaland yang kemudian dibalas pemain tersebut.

Bounou telah mengejek Haaland yang gagal menyempurnakan penalti. Namun penalti diarahkan diambil semula. Lalu Haaland menjaringkan gol dan membalas balik.

Pada masa penuh kedua dua pemain bersalaman dan tiada meyimpan dendam.

Kali ini Bounou menjadi tajuk berita sekali lagi kerana benda yang membanggakannya. Di mana beliau menjaringkan gol pada sentuhan dan kesempatan terakhir dalam aksi berdepan Valladolid.

Sevilla berkunjung ke Jose Zorrilla untuk aksi La Liga berdepan Valladolid semalam. Dan pasukan Julen Lopetegui di belakang pada separuh masa selepas gol penalti pasukan lawan.

Ketika pasukan Sevilla seakan akan menelan satu lagi kekalaha. Bounou tampil menjadi wira keserian pasukannya dengan gol cantik pada masa kecederaan sebelum tamat.

Pemain pemain Valladolid gagal mengeluarkan bola, dan ianya membawa padah kepada mereka pada saat saat akhir. Bola singgah di depan penjaga gol asal Maghribi itu, yang terus melepaskan percubaan dan gol menewaskan Roberto Jimenez.

Rembatan deras itu berjaya memberikan loteri buat Bounou.

Pemain pemain Valldolid menjangkakan bola sudah terkeluar, namun sebenarnya mereka ternyata tersilap perkiraan.

Bounou dan rakan rakannya meraikan gol dengan kegirangan. Sevilla kini di tangga keempat dengan 8 mata di belakang pendahulu Atletico Madrid.

Sevilla akan menjamu Atletico di Stadium Sanchez-Pizjuan selepas rehat antarabangsa.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.