[VIDEO] Selepas Kena Curi ‘Kill’, Aguero Melakukan Panenka Teruk Sehingga Dia Minta Ampun Dari Semua

Aguero sudah melakukan segalanya dalam kariernya di England selama sedekad. Namun dia tetap tak terlepas daripada detik kelakar yang akan kekal di ingatan semua.

Aguero berpeluang menyamakan rekod gol sepanjang zaman dengan Wayne Rooney dalam aksi berhadapan dengan Chelsea.

Dan peluang terhidang di depan matanya apabila dia diberikan peluang untuk melakukan penalti. Biasanya tugasan tersebut diambil pemain lain. Namun oleh kerana pemain seperti Mahrez dan De Bruyne tak ada dalam padang, maka Aguero menganggap inilah masanya untuk dia.

Pada separuh masa pertama Aguero telah terassist secara tak sengaja kepada Raheem Sterling. Aguero sebenarnya sedang membuka kuda kuda untuk melibas bola tersebut, dan tidak semena mena Sterling datang dari belakang dan mencuri ‘kill’ beliau.

Sterling kemudian meminta maaf kepada Aguero kerana mencuri gol pemain tersebut. Tiada masalah, yang penting bola masuk. Selepas itu Sterling berlari meraikan gol itu dengan rakan rakannya yang lain terlebih dahulu.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Aguero mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Ketika dia berada dalam landasan terbaik untuk menyamai rekod Wayne Rooney, Aguero telah memilih untuk melakukan panenka yang bertukar menjadi petaka.

Usahanya untuk scam Mendy dengan taktik licik itu tidak kesampaian. Di mana penjaga gol yang tinggi lampai itu dengan mudah menahan bola, kerana dia masih berada di tengah.

Ternyata usaha itu benar benar sia sia. Dan Aguero sedar bahawa dia meletakkan pasukannya dalam tekanan untuk separuh masa kedua.

Manchester City tewas 1-2. Chelsea bangkit dengan 2 gol menerusi Hakim Ziyech dan Marcos Alonso.

Aguero meminta maaf di atas perbuatannya yang bukan bukan di atas padang. Beliau sedar tindakannya itu sangat teruk.

Menjadikan beliau pemain keempat musim ini gagal menyempurnakan penalti untuk City.

Ia bukan rekod yang baik untuk kelab seperti City.

Aguero berkata: “Di sini kawe nak minta maap kepada saing saing [rakan rakan sepasukan] kawe deh, kepada staf dan penyokong sebab gagal masukkan bola penalti tu. Itu satu keputusan yang teruk dan kawe sepenuhnya bertanggungjawab di atas apa hok tejadi deh.”

Terjemahan ke BM standard: “Saya mahu meminta maaf kepada rakan sepasukan, staf, dan penyokong kerana gagal menyempurnakan penalti. Ianya memang satu keputusan yang teruk, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya.”

Selepas tamat perlawanan, Guardiola menyatakan dia memberikan kebebasan kepada mana mana pelaksana penalti membuat apa yang mereka suka.

Sterling kemudian menjelaskan kenapa dia mencuri gol Aguero itu. Di mana Raheem Sterling menegaskan bahawa first touch Aguero teruk sekali dalam situasi tersebut dan bola berpotensi dimenangi Reece James. Lalu Sterling melakukan sesuatu

… agar bola itu sah masuk dalam keadaan gawang terbuka.

Sterling berkata: “Adakah dia ok? err, saya tiba di dalam box dan situasi memihak kepada saya. Ianya first touch yang teruk, dan saya cuba berada di hadapan Reece, dan saya melakukannya, dan bola masuk.”

Aguero akan meninggalkan Man City pada akhir musim ini. Beliau pastinya digelar legenda sejati kelab. Antara magis Aguero adalah ketika momen Aguerroooooo, yang merampas kejuaraan EPL dari Old Trafford.

Beliau juga menanam hasrat mahu memenangi UCL bersama dengan Man City. Impian itu masih bernyala kerana Man City beraksi di final UCL.

Mereka di landasan terbaik untuk menamatkan musim dengan treble.

Sejarah panenka

Sejarah panenka

Penalti Panenka – disebut panenka sahaja – adalah sempena legenda bola sepak Czechoslovak (kini Republik Czech), Antonin Panenka.

Antonin Panenka menjadi orang pertama yang melakukan penalti dengan memasukkan bola ke tengah gawang dalam kejohanan rasmi. Pemain istinewa, teknik istimewa dan hasil istimewa. Apalagi yang Panenka harapkan? Tiada ! Itu sudah serba serbi cukup.

Penalti cip tersebut dilakukan oleh Antonin Panenka pada final Euro 1976 dalam aksi Czechoslovakia vs Jerman Barat.

Pada ketika itu Antonin Panenka menjadi pelaksana penalti kelima selepas kedudukan ketika itu 4-3. Perlawanan diheret ke penalti pada masa itu selepas seri 2-2 sepanjang 120 minit.

Antonin Panenka mengambil beberapa langkah dan berlari menuju bola. Ketika ramai menjangkakan beliau akan melakukan rembatan deras, dan tidak semena mena dia melepaskan sepakan lembut / lob ke tengah.

Penjaga gol legenda Jerman Barat ketika itu, Sepp Meier, terbang ke kiri. Meier tertipu dengan muslihat itu dan hanya dapat melihat bola memasuki gawang serta pemain Czechoslovakia meraikan gelaran Eropah mereka – menepati status mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan.

Wartawan Perancis ketika itu menganggap penalti itu ibarat puisi dan karya seni yang indah.

Antonin Panenka menegaskan dia memang sudah berenca melakukan penalti itu walaupun berdepan dengan salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman.

Dia yakin melakukannya kerana dia telah menyiapkan teknik ini selama lebih kurang dua tahun.

“Kira-kira dua tahun sebelum Euro 1976, saya mula mempraktikkan teknik ini. Saya melakukannya untuk pertama kalinya dalam aksi persahabatan di Liga Czechoslovakia dan berjaya,” kata Antonin Panenka kepada Radio Prague.

“Sejak itu, saya bermimpi melakukannya lagi di arena berukuran Euro. Mungkin takdir Tuhan saya dapat melakukannya di final Euro. Saya yakin 100 peratus dengan bola cip saya akan menjaringkan gol,” tambah beliau lagi.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia mula berlatih teknik penalti cip setelah selalu kalah dari penjaga gol Czechoslovak, Zdenek Hruska semasa latihan.

Menurut Panenka, Zdenek Hruska adalah penjaga gawang yang sukar ditewaskan. Dan anda perlu memikirkan sesuatu yang luar biasa untuk menewaskannya.

“Saya bertaruh Zdenek Hruska dan selalu kalah. Saya harus membayar bir atau coklat setiap kali saya gagal melakukan penalti.”

“Suatu malam, saya bangun dan memikirkan bagaimana mengalahkan Zdenek Hruska. Saya kemudian menyedari bahawa penjaga gawang mesti bertindak balas ketika penendang menghampiri bola.”

“Saya kemudian merasa lebih mudah untuk menjaringkan gol dengan membuat trik seolah-olah akan menendang dengan keras tetapi hanya menggali bola di tengah.”

“Penjaga gol pasti bergerak ketika bola ditendang dan tidak berpeluang untuk bangkit dengan teknik itu. Sejak itu, saya selalu menang berhadapan dengannya dan mendapat banyak bir dan coklat,” kata Antonin Panenka.

Ramai pemain bola sepak terkemuka di dunia pernah melakukan teknik seperti Andrea Pirlo, Francesco Totti, Zlatan Ibrahimovic, Sergio Ramos, dan tentu saja Zidane.

during the UEFA EURO 2012 quarter final match between England and Italy at The Olympic Stadium on June 24, 2012 in Kiev, Ukraine.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia bangga melihat ramai pemain melakukannya dan namanya terpahat dalam salah satu maneuver bola sepak. Bukan mudah tahu.

Hanya yang benar benar istimewa yang dapat nama mereka diabadikan dalam sesuatu skil, misalnya Cruyff Turn, The Maradona dan sebagainya.

Panenka berkata: “Setiap kali saya melihat pemain melakukan teknik penalti di televisyen, saya sangat bangga bahawa pengulas selalu mengatakan ‘Panenka’ ketika pemain menjaringkan gol.”

“Saya juga ingat, pemain bola sepak terbaik di dunia sepanjang zaman, Pele, pernah memanggil orang yang melakukan teknik penalti itu genius atau gila.”

Bukan semua orang boleh melakukan panenka. Sebab kalau tersilap langkah ianya akan membawa padah dan aib. Ini kerana penalti itu adalah tipikal showboating. Mana mana showboating yang berjaya akan dianggap licik. Dan mana yang tak berjaya, maka sang pelaku tahu akibatnya, malu akan mereka tanggung.

Baca yang lain