Penyerang Torino, Andrea Belotti, menunjukkan semangat kesukanan dan fair play yang terpuji dalam aksi berdepan dengan Atalanta.
Di mana penyerang antarabangsa Itali itu telah meminta pengadil untuk menarik balik kad kuning kepada pemain lawan.
Belotti dan Torino bergelut sepanjang malam dan ketinggalan 3 gol di belakang hasil gol Josip Ilicic, gol sendiri Salvatore Sirigu sendiri, dan Lucas Muriel.
Para pemain Torino jelas tertekan termasuk Belotti. Dengan jauh ketinggalan dalam perlawanan tersebut, pastinya Belotti boleh sahaja mengambil kesempatan untuk menekan lawannya untuk mendapat kad kuning dan sepakan percuma dari kedudukan bahaya – di luar kotak penalti.
Tetapi beliau memilih untuk mengekalkan semangat persaingan yang adil. Belotti berlari membawa bola dan pengadil merasakan beliau dijatuhkan oleh Christian Romero.
Pengadil terus melayangkan kad kuning kepada Romero. Tetapi Belotti terus memberikan isyarat bahawa dia sebenarnya terjatuh sendiri kerana kehilangan keseimbangan badannya.
Belotti meminta pengadil tidak memberikan kad kepada Romero dan menarik semula sepakan percuma yang diberikan.
Fourneau yang mendengar penjelasan Belotti telah membatalkan kad kuning itu.
Oleh kerana pengadil sudah meniup wisel yang memihak kepada Torino maka sepakan percuma tetap milik mereka. Dan sekali lagi Belotti menunjukkan sikap terpuji dengan menyepak bola menyerahkannya kepada penjaga gol Atalanta, Pierluigi Gollini.
Andrea Belotti talked the referee out of booking Cristian Romero after he fould him 👏👏👏👏 pic.twitter.com/uDyZhDgAmD
— Football News (@FootyNews2021) February 6, 2021
Mungkin ramai yang menyatakan bahawa Belotti naif tak mengambil kesempatan. Namun prinsip Belotti biarlah menang atau kalah dalam cara yang adil.
Siapa sangka selepas insiden itu Torino menjaringkan 3 gol untuk mengikat Atalanta.
Tiga gol Torino dijaringkan oleh Belotti (42 ‘), Bremer (45 + 1) dan Federico Bonazzoli.
Dan para peminat gembira dengan keputusan seri dicapai Torino menganggap ia balasan kepada semangat fairplay Belotti. Termasuk para pemain Atalanta yang memberikan tepukan kepada Belotti.
Romero datang kepada Belotti memberikan penghargaan kepada sikap terpuji Belotti.
Lebih menarik apabila ramai peminat Atalanta sendiri mengucapkan tahniah kepada Belotti kerana membantu pasukannya bangkit walaupun mereka agak kecewa diikat 3-3 daripada kedudukan 3 gol.
Andrea Belotti talked the referee out of booking Cristian Romero after he 'fouled' him.
Then, Belotti gives the ball back from the resulting free kick.
Great to see 👏 pic.twitter.com/6B7K8ktsAY
— ESPN FC (@ESPNFC) February 6, 2021