Inter Milan menang 3-0 ke atas tetangga mereka AC Milan dalam derbi Milano. Di mana dua gol daripada Lautaro Martinez dan satu gol oleh Romelu Lukaku membuatkan kejuaraan liga kini dikawal oleh Inter.
Gol kedua Inter Milan sangat cantik. Ianya adalah definisi teamgoal yang sebenar. Antonio Conte seringkali dikenali sebagai pengurus defensif. Namun sebenarnya beliau tetap menggemari binaan serangan dari bawah.
Sejak menguruskan Inter Milan, beliau memang sudah menetapkan cara bermain dengan cara tersebut.
Lihat bagaimana mereka membina serangan dari bawah. Melepasi tekanan tinggi oleh AC Milan. Berlaku pertukaran hantaran antara pemain sehinggalah disempurnakan oleh Lautaro Martinez.
Caressa questo weekend diceva “Portatemi una prova, UNA, che costruire da dietro aiuta una squadra a vincere….. #DerbyMilano #MilanInter #MilanDerby @NicoSavi pic.twitter.com/n9Yipzzr7i
— Inter Worldwide (@interworldwide_) February 21, 2021
Last Row menjelaskan gambaran taktikal bagaimana gol itu dibina. Jelas sekali ianya bukan serangan balas, tetapi ianya adalah build up attack dari bawah.
Terdapat lima pemain Inter yang terlibat di dalam binaan gol tersebut iaitu Romelu Lukaku, Achraf Hakimi, Eriksen, Perisic dan sudah tentunya Lautaro Martínez.
Inter maintains the #SerieA lead after defeating previous leader AC Milan 3-0. This was the second goal, a beautiful counterattack involving Lukaku, Hakimi, Eriksen, Perisic and Lautaro Martínez. #DerbyMilano
-Powered by @MetricaSports ATD pic.twitter.com/S1Tqugadsx— Last Row (@lastrowview) February 21, 2021
Ianya adalah seni, kata seorang peminat bola sepak yang menggambarkan bahawa gol itu pelengkap sempurna kepada kemenangan Inter.
With this Inter throwing in their nomination to win Six Nations and Super Bowl pic.twitter.com/ijoUOKNQeP
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) February 21, 2021
‘Tiki taka’ y doblete: Lautaro Martínez anota el 2-0 del Inter ante el Milan por la Serie A [VIDEO] https://t.co/9nZIl1rNCp
— depor (@tuitdepor) February 21, 2021
Inter Milan kini 4 mata di puncak liga di atas AC Milan. Mereka berpeluang cerah menamatkan kemarau kejuaraan Serie A mereka sejak 2010.
Walaupun pada awal musim Antonio Conte dilihat tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi kerana beberapa pemain beliau kehendaki tidak dapat ditandatangani, namun jelas sekali Conte dalam proses untuk menamatkan dominasi bekas kelab lamanya iaitu Juventus.