Aksi di antara PSG dan Marseille semalam berakhir dengan seri tanpa jaringan. Derbi yang digelar le classique itu merupakan derbi panas di Perancis.
Dalam aksi tersebut, PSG bermain dengan 10 pemain selepa Achraf Hakimi dibuang padang pada minit minit ke-57.
Walaupun beraksi dengan 10 pemain namun PSG ternyata lebih dominan.
Terdapat satu peristiwa yang benar benar mengecewakan Mauricio Pochettino apabila serangan balas pasukannya diganggu oleh penceroboh padang.
Insiden itu berlaku pada minit ke-72. Di mana ketika itu Messi dan rakan rakannya sedang menggerakkan serangan balas yang cantik.
Messi sendiri tidak percaya apabila mereka terpaksa menghentikan gerakan tersebut hanya kerana perkara seperti ini, di kala pasukan sedang berusaha memburu gol dengan 10 orang pemain.
Namun seorang penceroboh padang mengejar Lionel Messi untuk berswafoto dengan pemain bintang PSG itu.
Pengadil kemudian menghentikan perlawanan seketika dan meminta pengawal keselamatan untuk mengeluarkan penceroboh padang tersebut.
Kesannya, PSG tidak dapat menyempurnakan serangan balas tersebut.
Saksikan detik gila itu di sini:
Well, that was different…
A supporter runs on the pitch as Messi & 10-man PSG are on the counter-attack, once again interrupting play.#beINLigue1 #LeClassique #OMPSG pic.twitter.com/wNH6lgz7rU
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) October 24, 2021
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namun PSG masih jauh di hadapan pasukan Lens yang kini berada di tangga kedua. PSG di atas dengan kelebihan 7 mata.
PSG turut 10 mata di atas Marseille yang kini berada di tangga keempat. Ini merupakan kali pertama PSG mencatatkan keputusan seri musim ini.