Bola sepak sememangnya sukan yang sarat dengan pertarungan taktikal. Setiap orang akan cuba merencana taktikal masing masing untuk memenangi perlawanan.
Ini termasuk ketika melakukan rutin bola mati ataupun setpis.
Bola mati adalah situasi di mana para pemain akan cuba menewaskan lawan mereka dengan fizikal dan memenangi bola di udara. Namun ramai juga yang menjadikannya satu rutin yang lebih taktikal.
Ramai yang cuba melakukan sepakan yang mengelirukan termasuk sepakan percuma rendah untuk menewaskan penjaga gol.
Oleh kerana penalti pun dalam kategori setpis, maka panenka juga antara salah satu cara licik para pemain cuba menewaskan penjaga gol.
Tular satu video memaparkan sebuah pasukan bola sepak sekolah tinggi Takagawa Gokuen di Hofu, Jepun melakukan rutin sepakan percuma yang rare. Mereka mendapat sepakan percuma di tepi padang.
Lalu jurulatih mengarahkan pemain pemain pergi berkampun dalam kotak penalti lawan untuk menerima bola.
Namun apa yang mengejutkan dunia, mereka telah berpegang tangan dan berpusing pusing seperti orang sedang bermain Nenek Si Bongkok 3 masa kita kecil kecil dulu.
Di mana kita akan berpegang tangan dalam satu bulatan dan berpusing pusing dalam bulatan itu.
.. ataupun permainan “ring-a-ring-o’-roses” oleh mat salleh.
Ianya dianggap sebagai inovasi baharu dalam bola sepak yang sangat mengejutkan. Mungkin selepas ini akan ada pasukan lain akan menirunya?
Taktikal itu ternyata memberikan kekeliruan kepada lawan mereka. Di mana pemain pertahanan lawan tidak pasti siapa harus dikawal pada masa itu.
Pemain pemain sekolah tinggi tersebut berpecah daripada bulatan mereka pada masa yang tepat untuk menerima bola.
Hantaran yang tepat digabungnkan dengan timing atau masa yang tepat ketika mereka berpecah meluru masuk ke zon depan gol antara faktor penting.
Hasilnya memang luar biasa, kerana mereka telah berjaya menghasilkan gol. Mereka meraikannya dengan girang sekali kerana sudah pastinya mereka berlatih banyak untuk rutin sepakan percuma seperti itu.
Saksikan sendiri di sini:
Salah seorang peminat bola sepak berkata: “Dayum. Kreatif, licik, efektif, suka tengok!”
Seorang lagi menyatakan bahawa: “Pep Guardiola tak akan pernah”
Pep Guardiola could never https://t.co/knW8HjnR1r
— Hangman Fufa (@madhusudhanFufa) December 29, 2021