Warganet melancarkan kempen tanda pagar #TajuddinLetakJawatan yang menjadi trending sejak semalam.
Mereka meminta Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman segera meninggalkan jawatannya kerana sikapnya yang memalukan ketika sidang media.
Tajuddin mengadakan sidang media khas bersama wartawan berkenaan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan LRT di Kuala Lumpur. Ini adalah kemalangan LRT paling teruk dalam sejarah Malaysia.
Tajuddin sedar akan tekanan yang diahadapinya. Namun dia menyatakan tidak akan meletakkan jawatan sama sekali. Dia sempat bergurau senda dalam sidang medianya.
Prasarana Chairman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat jenaka tentang ventilator (pembantu pernafasan) ketika sidang media semalam.
64 rakyat Malaysia cedera.
6 rakyat Malaysia kritikal di ICUPrasarana buat lawak.
#LrtKelanaJaya #KerajaanGagal #MuhyiddinOut pic.twitter.com/MftgrCylBG
— Voter (@thethree_v) May 25, 2021
Sidang media itu dianggap yang paling teruk pernah ada untuk kes kemalangan sebesar itu.
Our deepest condolences to Prasarana for having Tajuddin as their chairman. The press conference was a disaster. 🤣
— Rosierosé (@rosie_ros3) May 25, 2021
Twt_Cyberjaya: RT @syafique: Kemalangan LRT – Sidang media DS Tajuddin.
"Faham? Apa you nak tahu?" pic.twitter.com/rUHrOQMtQH
— twt_cheras (@cheras_info) May 25, 2021
Dia menyatakan bahawa dia tidak berada di tempat kejadian kelmarin ketika insiden berlaku kerana baru habis mesyuarat syarikat di Subang.
“Yelah, you must know why [kamu kena tahu kenapa]. I baru habis petang tu satu tugasan dengan pihak satu syarikat di Subang.”
“Saya pun dapat tahu lambat [tentang] apa yang berlaku. aaaa…. Lambat saya dapat tau! Ya.”
“Pada masa itu saya pun dah prepare untuk vaccination today [bersedia untuk vaksinasi saya hari ini].”
“I’m going to have my second dos today you know [Saya kena pergi suntikan dos kedua vaksi saya hari ini, tau tak korang semua].”
“So…. walau macamanapun, bila saya dapat tahu, dah lewat. I’ve made up my mind, I would come first thing in the morning [saya memutuskan bahawa ini akan menjadi agenda pertama saya pagi ini].”
Di Jepun, kalau hang orang tertinggi dan bertanggung jawab dalam satu kecuaian, hang akan merendah diri meminta maaf dan tunduk menyesali atas tragedi yang berlaku. Dan seterusnya lepaskan jawatan hang. Nahare Tajuddin ni boleh balik tidoq esok mai buat kerek memang kemaihhhh.. https://t.co/Zt3m6CR4oi pic.twitter.com/frbOeolZ16
— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) May 25, 2021
“Tau tak ‘first thing in the morning’ is? Reti ke cakap orang putih? First thing in the morning’ shows how serious I am [maksudnya menunjukkan betapa seriusnya saya tentang perkara ini].A ….. how serious I am about this matter [sambil ketawa kecil]. So pagi pagi I dah turun. You tengok [saya] masuk dalam terowong apa semua.”
“Janganlah main, orang kata, cuba nak provok provok. It’s not good, suka provok provok. Semalam menteri pun dah turun dengan CEO pun dah turun [ merujuk kepada Menteri pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan CEO Prasarana, Datin Norlia Noah].”
Prasarana chairman Tajuddin Rahman has dismissed calls for him to resign, following his absence at the scene after last night's LRT accident.
He says he was informed of the accident late, and decided he would head to the location "first thing in the morning".
🎥: Buletin TV3 https://t.co/hRtTkwuas0 pic.twitter.com/ylymTHtKvK
— BFM News (@NewsBFM) May 25, 2021
Dia kemudian menyebut beberapa lagi nama lain yang turut turun padang semalam, walaupun dia tak ada.
Tajuddin menyambung: “Saya tak suka ni, suka provok provok. Apa gunanya.”
Ketika wartawan mencelah mahu bertanya soalan, Tajuddin terus menyailang dan menmbah: “Wait wait wait, I’m not finished yet [saya tak habis cakap lagi]. So, bertenanglah. Most important thing we taking care of the, apa nama, all the passengers, ye, the service, ye… tak ada pulak kita, orang kata, mengabaikan tanggungjawab kita. Itu paling penting.”
“Sorry la, kena tegur jugak, [sebab] you all [pun] suka menegur orang [sambil memandang akak sebelah kiri dia sambil geli hati].”
Komen Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai persoalan netizen mengapa beliau tidak turun padang malam tadi sejurus selepas berlaku kemalangan LRT pic.twitter.com/ymzVWy2jQ8
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 25, 2021
Selepas itu Tajuddin telah memalukan seorang wartawan dari China dengan komen tidak profesional.
Wartawan dari Phoenix TV itu bertanya tentang satu soalan yang dianggap berkualiti. Di mana dia bertanya bagaimana pihak berwajib akan mengendalikan rawatan para penumpang tersebut dan pada masa yang sama mengambil kira situasi wabak yang melanda, mungkin ada antara mereka yang terkena jangkitan.”
Namun Tajuddin terus berkata: “Kamu jangan buat andaian, segala jenis andaian. Macamana kamu nak tahu mereka ni ada covid dan tak ada covid.”
Selepas itu, dia bertanya wartawan itu dari mana sebanya dua kali. Wartawan itu menjawab dia dari China.
Tajuddin dengan nada sombongnya berkata: “China, no wonderlah [China patutlah].”
Such bad attitude towards a foreigner.
I as a Malaysian feel ashamed #TajuddinLetakJawatan #KerajaanGagal https://t.co/fMCkFfF4KM— Darrenchong 莊澤軒 (@Darrenchong2210) May 25, 2021
Cara Tajuddin itu memalukan wartawan yang hanya menjalankan tugasannya telah mengundang pelbagai reaksi. Ramai yang menganggap dia telah mencemarkan imej negara.
people were badly injured tajuddin and u made a stupid joke. memang otak letak dekat lutut eh?? he doesn't even sound like a leader why is he a chairman https://t.co/nbHEj8WgCl
— amira (@amirathepadawan) May 25, 2021
Malah ada yang mengaitkan sidang media itu tak ubah seperti sidang media dalam filem Hantu Kak Limah.
Press conference by tajuddin be like pic.twitter.com/GXbqKNRFIH
— nursyafiq. 🇲🇾🇵🇸 (@syafiq_zainal) May 25, 2021
Dalam sidang media berasingan, wartawan bertanya adakah dibenarkan seseorang itu tidak memakai pelitup muka kerana sudah memakai pelindung muka. Ini jawapan bapak Dafi pulak.
Adakah Tajuddin bin Abdul Rahman DIBENARKAN serta DIKECUALIKAN untuk hanya menggunakan faceshield tanpa memakai facemask?
Ke Tajuddin termasuk dalam kategori budak sekolah seperti yang dinyatakan oleh Ismail Sabri?
SUMBER SIDANG MEDIA MKN https://t.co/XWmvdZ10VC pic.twitter.com/1jpGugN5S0
— #UntukDrH (@irealronnie) May 25, 2021